SILA KLIK DISINI

IKLANKU

Followers

Monday, May 30, 2011

Ikhlas Seteguk Air Susu Bercampur Air Mata Keibuaan...

Sudahkan anda saksikan video ini...begitu murni hati seorang polis perempuan yg sanggup menyusukan 20 orang bayi mangsa tragedi di Cina....mungkin ibu-ibu bayi ini sudah menjadi korban bencana dan tidak mampu lagi menyusukan si kecil yang masih haus ini....sungguh murni hati wanita ini yang sanggup berkongsi apa yang dia ada untuk anak-anak malang ini....sehinggakan anak2 malang ini mampu terlena dek khusuk menikmati titisan susu yang mungkin tidak akan mereka perolehi dari ibu kandung mereka lagi...paling sedih pabila polis wanita itu mengalirkan airmata keibuaan pabila bayi yg disusukan tido dipangkuan...tersentuh sungguh...semoga wanita berhati murni ini mendapat balasan yg baik jua...

Kita....
Adakah berpeluang untuk terus memberikan aliran susu yg penuh nikmat kasih sayang buat permata hati kita...semoga kita menjadi IBU-IBU yg kuat...teruskan penyusuan selagi terdaya....

Aku...
Masih menyusukan Alif permata hati...
Kerana kasihku padanya terasa lebih utuh dek perkongsian ini...
Dia anakku dan aku ibunya yang pasti...
Untuk satu hubungan yang lebih sejati...
Semoga dia mengenangkanku di muka hari...
Seorang ibu yang tetap dihati...


Tata


Thursday, May 26, 2011

Bebudak Ngan Tungangan Baru...

Hobi hubbyku ialah cycling.....setiap weekend dia akan kayuh...dia ada basikal....tapi basikal dia sering bertukar wajah...kejap tukar tayar...kejap tukar frame....kejap tukar pelana....aku pun pening nengok brg2 beskal dia tuh.....biar la dia kayuh...dia kata utk jaga kesihatan....tp jangan buat habit lepas kayuh menyoru penuh perut lagi yer...pastu terbongkang keletihan....takde maknanya.....

Minggu lepas hubby aku cekau sebiji basikal baru....gilo apo beskal sebijik rega sampai RM4k.....ishhhkkk....kalau aku wat modal bisnes pun bagus tuh...huhu....takpela...tu minat dia...dan yg penting itu RM dia....ada aku kesah....

Ni gambar beskal lama dia...dah selamat dijual setiap kerat....skg dia angkut versi baru plak....gambo aku lupa lak nak snap....sb beskal baru dia dok berselimut lam bilik....huh...

Masa hubby dok belek beskal kat kedai kawan dia tu...si Ammar dan Asyraf pun menitik2 gak air liur bila tgk basikal versi junior....setelah jenuh membodek ayahnya sedaya mungkin maka budak berdua ni pun berjaya juga mendapat tungangan sorang seketul....happy sungguh diorg...ye la tungangan sblm ni dah selamat aku jual kat lori besi buruk lps rmh siap renovate aritu...apa tak nya dah mereput dek ujan dan panas...baik jual je...dpt la singgit dua...huh...

Tgk la tu...enjoy sesanggat la budak berdua ni menunggang kuda biru diorg neh....dua2 pun pilih basikal dari jenis dan kaler yg sama...errkkk....sb aku nengok kat kedai aritu beskal budak pun mmg ada 2 ketul ni jer pun....tu la gara2 sb hubby aku nak gak cekau kat kedai member dia...apa2 la...asalkan anak2 aku dpt tungangan baru kan....so sekarang diorg jenuh la dok kayuh tanpa jemu....masa baru beli aritu kalau boleh celik mata je terus nak terpa menunggang dah...huh...

Ammar begitu laju mengayuh....sblm ni dia hanya naik beskal ada roda tepi tu...tp lps training ngan beskal kawan dia..akhirnya dia sukses gak menunggang tanpa bantuan tayar tepi...ye la budak dah umo 6 tahun takkan nak naik beskal cam budak umo 2-3 tahun lg kan...hehe....skg ni dia kayuh dengan begitu lajuuuu...sampai smlm dia tergolek...tp buat muka macho je....dia kata tak sakit pun...biasa la hero jatuh beskal katanya....huh...berlagak....

Ini lak Asyraf...dia masih takut2 nak kayuh....masih kena guna tayar bantuan...kalau tak mesti tergolek....ala ada tayar bantuan ni pun dia tergolek gak..aritu sampai bengkak dan berdarah kepala dia sebab tersembam jatuh...sib baik masa tu ayah dia ada...aku lum balik keje lg....so budak ni lebih berhati2 lepas kejadian tu..dia cam dah agak fobia....so dia pelan2 kayuh la....okla tu..lama2 nanti terer cam abang gak la kan....

Kayuh sambil sengeh..pastu tergolek...hehe

Ammar dan Asyraf dengan geng diorg...Amir Farhan...nama budak ni nak seakan nama Ammar...nama Ammar..Ammar Farhan....beskal budak Amir ni la yg selalu Ammar lenjan sblm dpt sendiri punya...so skg diorg dah jd geng kayuh la...tp budak Amir ni terer...dan kayuh laju....sampai aku seram tgk...naik bukit selamba jer...

Hehehe...semalam ada awek kat taman....bebudak laki 3 org ni suka la dok nyakat budak pompuan yg cute neh...tak lak aku tahu nama budak neh...tp dia selalu lepak kat padang ngan bapak dia....dia dok taman aku gak...tp belah sana sket...tgk tu galak sungguh hero2 dok kacau heroin...

comel kan budak ni ngan beskal pink dia tuh...

Tgk dia beraksi...comel jer

Tapi lepas tu bapak dia dah nak balik daa...bye2...

Amir Farhan try beskal Ammar...ok la tu kan...sblm ni Ammar je dok melenjan beskal dia..ngan beskal Amir ni gak ler Ammar belajar menunggang ngan jayanya...hehe..tgk tu Ammar naik beskal Amir lak..dia leh kata beskal Amir ni maut la ibu....bila aku tanya nape...dia kata sb takde brek..kena brek ngan kaki jer....

Suka tgk bebudak ni dok main

Budak kecik sorang neh lak main tepi padang je la...takleh geng ngan abang2 dia...kang tak psl kena sondol...

Alif p main gelongsor jer la...syok je dia...

Aksi melopong

Eeee apa tu....bird ker...??

Ala tomel

Budak yg dah kena selsema...berhingus jer

Alif pun berkenan ngan beskal abang dia neh...tunggu beso sket ya sayang...

Alif lepak tgk org main futsal jer la...

Ni la masalah bila nak balik...mesti dia nangis....tak puas main lg ler tu....dah nak Maghrib la..kena balik gak....

Masuk lam gate leh lg sambung kayuh....baru nak pakai helmet tuh....helmet ni ayah bebudak ni beli sorang seketul gara2 eksiden yg menimpa Asyraf aritu la...benjol kepala dia sebab jatuh beskal...

Tak cukup main siang..mlm tadi lps balik ngaji pun diorg sambung kayuh lagi...alahai mmg tgh kemaruk la tuh....

Budak yg kayuh laju sgt...tp lps nampak kucing hitam melintas leh dia lepaskan basikal dia dan lari....takut katanya....tu la...sapa soh kayuh memalam kan....

Dua beradik yang happy sokmo.....

Hehe..terpanjang lak cite kali ni....semoga beskal bebudak ni bertahan lama dan tak cepat jahanam...bukan apa...bebudak ni history mainan diorg leh tahan sekejapan saja...sebab terlebih terer kan....huhu....

Tata


Wednesday, May 25, 2011

MenCaRi RezeKi YanG HaLal

Dalam kita mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan di dunia ini adakah terdetik dibenak kita samada sumber rezeki kita datang dari sumber yang betul dan diredhai Nya....Aku tertarik dengan satu artikel yag aku jumpa....so sharing is caring.....mari bersama kita renungkan yer....




Kewajipan Cari Rezeki Halal walaupun dalam Kesempitan

HAKIKATNYA nasib manusia di dunia tidak sama dari segi kekayaan, penguasaan ilmu dan darjat kerana Allah mencipta keadaan itu supaya manusia saling memanfaatkan antara satu sama lain.
Namun, ia tidak bermakna yang mendapat kurang mesti berserah kepada takdir semata. Manusia diberikan akal untuk berfikir berusaha memenuhi keperluan hidup dan mencapai keadaan lebih baik dalam kehidupan seharian.

Teori ekonomi menyebut tiga keperluan asas manusia adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Individu atau keluarga yang tidak mampu memenuhi keperluan asas tergolong sebagai amat daif dan memerlukan bantuan pihak lain untuk meneruskan kehidupan seharian.

Bagi umat Islam, dalam usaha mendapatkan keperluan asas atau kehendak lain, wajib diperoleh dengan cara halal. Kemiskinan bukan alasan untuk menghalalkan perbuatan yang salah.

Kemiskinan menghampirkan diri kepada kekufuran. Ia umpama bom jangka bila-bila masa boleh meletup menimbulkan malapetaka dalam masyarakat. Masyarakat yang lebih banyak didiami golongan miskin sentiasa berdepan situasi tegang, terancam dan cemas.

Perbuatan salah mendedahkan diri kepada keadaan yang lebih buruk. Pelakunya berdepan dengan hukuman buatan manusia di dunia ini dan di akhirat pula, akan menerima balasan lebih pedih, melainkan pelakunya sempat bertaubat dan melakukan banyak kebaikan.

Batasan haram dikecualikan hanya dalam keadaan terlalu terdesak atau darurat. Pun begitu, keadaan itu tidak berlaku di negara kita. Golongan miskin berpeluang mendapat bantuan daripada pihak kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan penderma individu.

Justeru, tidak ada alasan untuk rakyat di negara ini mengatakan dia terpaksa melakukan perbuatan ditegah agama kerana terlalu terdesak untuk memenuhi keperluan hidup.

Rakyat Malaysia bernasib baik kerana peluang pekerjaan masih terbuka luas di negara kita. Berjuta-juta rakyat negara lain datang ke Malaysia mencari rezeki yang dikatakan sebagai lubuk emas.

Kekuatan rohani dan jasmani penting dalam usaha mencari rezeki. Kita mesti berfikir dengan positif dan gunakan kekuatan fizikal untuk melakukan usaha bersesuaian. Keyakinan terhadap kemampuan diri penting bagi menjana semangat melakukan usaha kebaikan.

Rasa keyakinan diri termasuk dalam erti bersyukur. Kita berasakan apa yang dikurniakan Allah dari segi kekuatan akal, fizikal, masa hidup dan peluang yang ada sebagai satu anugerah perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Ada individu serba kekurangan dari segi fizikal, tetapi dapat hidup berdikari. Mereka tidak menjadikan kecacatan sebagai alasan untuk mendapat simpati orang ramai. Justeru, mengapa pula individu yang sempurna fizikal tidak dapat melakukan lebih baik daripada itu?

Yakin diri lahir daripada individu yang mengenali kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Kelebihan dianugerah Allah adalah amanah untuk melakukan kebaikan.

Individu yang mencipta kejayaan cemerlang memulakan usaha dengan yakin pada diri. Semangat berdikari dan tidak mudah menyerah kalah.

Jika berdepan masalah atau kegagalan, itu satu kenyataan yang mesti diterima dengan hati dan fikiran terbuka. Apa yang penting, jangan mudah patah semangat. Pertolongan Allah akan datang daripada segenap penjuru yang tidak disangka membantu mereka yang tidak berputus asa.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah, melainkan kaum yang kafir.” – (Surah Yusuf, ayat 87)

Biarpun Islam menggalakkan umatnya mencari harta, tetapi Islam melarang keras mengumpul harta melalui jalan yang salah. Harta diperoleh secara salah, tidak ada keberkatannya. Bila-bila masa ia akan bertukar menjadi satu bebanan dan hilang tanpa disangka.

Keberkatan bermaksud kebahagiaan hasil apa yang diperoleh atau dilakukan. Ia juga membawa maksud bertambah dan semakin baik. Harta yang diberkati akan terus berkekalan dan mencukupi untuk membiayai hidup walaupun jumlahnya sedikit saja.

Justeru, kita perlu berusaha dengan ikhlas dan mengikut jalan yang diredai Allah dengan sentiasa memohon keberkatan daripada-Nya. Tidak guna memperoleh kekayaan yang banyak, sedangkan tidak berkat.

Soal keberkatan tidak boleh diambil mudah. Biarlah tidak berpeluang memiliki harta banyak, asalkan apa yang dimiliki, biarpun sedikit tetapi diberkati. Kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya jika bersyukur kamu, akan ditambahkan untuk kamu. Dan jika kufur kamu, sesungguhnya azab-Ku adalah sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)

Justeru, jangan bersifat pasif dalam usaha mencari rezeki. Usaha mesti dilipat gandakan dan bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Allah. Manusia digalakkan supaya berdoa memohon kepada Allah untuk mendapat kehidupan lebih baik.
-------------------------------------------------------------------------------------------
SUMBER : Agama

Berita Harian

26 Jamadil Awal 1428/12 Jun2007

Moral...
Walaupun duit itu penting tapi duit bukan segalanya....tak semua org kaya hidup bahagia....dan tak semua org miskin hidup diselubungi derita.....kebahagiaan bukan hanya dinilai sekadar dari perspektif taraf hidup semata....diri sendiri yg mencorak dimanakah kita.....

Aku...
bahagia dengan apa yg aku ada...
tidak kaya juga tidak papa...
seadanya....
tapi aku akan tetap berusaha untuk hidup yang lebih sempurna...
bukan sekadar mencari harta dunia...
tp nilai disebaliknya....
semoga aku tidak alpa dan lupa....


Tata
Wasalam....

Tuesday, May 24, 2011

Gumbira Family Dari Kampung Nak Bertandang

Hari ni kompem family dari kg nak dtg umah aku...yahooo...yebeda beduuu....abah dah kompem ambik tiket flight ngan yuyu...mama dan yg lain2 maybe dtg naik kete...atau ketapi....yuyu ngan abah mmg special edition...kena terbang...sb yuyu lum sihat sepenuhnya lagi.....

Suka sgt diorg nak dtg sebab dah lama sangat diorg tak dtg....dan dah lama jugak kitorg tak berkesempatan balik kampung....sonok la bebudak 3 orang tu bila nenek dan abah tok dtg....ada la org nak melayan diorg...tambah2 cik su dia ler...lepas ni cik su kena basu berak Alif yer...hahahaha

Maka akan meriah la lagi teratak kecilku...pasti adik2 aku yg dok area KL neh aku berkampung kat rumah aku...buat Liza aka Kak Som...sila jangan bagi alasan nak balik cpt2 tau....huh....kansel semua aktiviti di taman minggu dpn....hehe...utk Ila aka Mek Yos...sila jadi supir ya walaupun suamimu kene kerja...hehehe...
Alif pasti suka nenknya dtg...ni gambar masa raya tahun lps....Alif kecik lg time tuh...

Ni lak abah ngan Ila aka Mek Yos...hehe...

Abah ngan Mama tersayang...gambar blur sb tukang ambik gambar tak pro....


Monday, May 23, 2011

Sedih Dengan Musibah Yang Menimpa Anak-Anak Yatim Mangsa Tanah Runtuh Di Hulu Langat

Hari Sabtu lepas kita digemparkan dengan satu peristiwa yang cukup menyayat hati...anak2 yatim yang tidak berdosa terkambus dek humbanan tanah runtuh di Hulu Langat.....sesunggunya aku sedih sangat baca kisah cenggini....tambah2 melibatkan anak-anak kecil...dan lebih mengharukan anak2 itu ialah anak yatim....errmmmm......semoga roh mereka yang pergi dalam rahmat Illahi....dan semoga mereka aman dan tenteram di sana....amin......Alfatihah


Gambar anak-anak yatim sebelum kejadian yang aku dapat dari FB...tersentuh hati melihat wajah2 sesuci kapas itu.....

Dan peranan kita adalah untuk mengambil iktibar diatas setiap ketentuaNya...mungkin ada sebab disebalik kejadian ini....semoga kita semua dapat merenung dengan lebih jelas....jangan hanya menunding tangan menyalahkan sesama....tetapi marilah kita saling memperbaiki diri sendiri dan menjadi pelengkap kepada yang tidak lengkap....segala kejadian atas kehendakNya jua....hanya Dia yg tahu kenapa.....kita sebagai hamba perlu terima dengan redha......

Wasalam...


Saturday, May 21, 2011

AliF iN ActioN

Dah lama tak upload gambar sikecik Alif....sekarang umr Alif dan Setahun 3 bulan ++...kejap je bujang kecik aku ni membesar...rasa cam tak puas kala dia jadi baby....rindu saat dia masih belajar merangkak...cute je dia time tu...skg dah makin besar badan Alif semakin slim lak....nak kata tak makan selera makan dia semakin best skg....kalau takat bubur nasi 2 mangkuk makan dia tu tarak hal ler...kejap je dia habiskan....dan kalau abang2 dia makan dia pun kalut gak nak makan....kalau ibu ngan ayah dia dok makan pun dia akan memujuk rayu soh suap kat dia gak.....kang tak psl2 ibu suap laksa kan...hehe...tapi dia tak suka minum air masak...jenuh kena paksa....tp kalau air ribena atau milo lajuuu je dia teguk....

tengok muka dia tuh...

cak....

cute kan gigi arnab saya neh

silau weh...

senyum sokmo neh

anak bujang ni rajin kemas rumah tau

antara aksi dia

saya lum puas naik benda neh...tp saya dah besar la...

apa yg dipikir tuh

beraksi ngan kereta kecilnya...

manjat mmg hobi saya...

regangan otot

terer tak saya panjat...

Tata...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...