SILA KLIK DISINI

IKLANKU

Followers

Tuesday, October 26, 2010

Ulangtahun Perkahwinan ke 9

Us


Hari ini tanggal 26 Oktober 2010 genap sudah 9 tahun usia perkahwinan kami. 9 tahun yg penuh dengan kisah suka duka...9 tahun yang menghasilkan 3 orang putera pengikat kasih sayang kami...dan 9 tahun dalam berkongsi segala-galanya....terima kasih kepada En Noor Haslizan Bin Che Hamid kerana menjadi suami yang terbaik buat diriku...dan menjadi ayah yang penyayang buat anak-anak kita...semoga ikatan suci ini akan berkekalan selamanya dengan kebahagiaan yang melimpah ruah...semoga Allah sentiasa menetapkan iman kita dan menjadikan kita pelangkap antar satu sama lain...


my heroes
My Heroes

Walaupun dulu dia bukan pilihan kalbu...bukan pujaan terpilih..malah aku benci sangat kat dia suatu masa dulu..tapi kuasa Allah lebih mengatasi...orang yg teramat ku tak suka dan menyampah itu rupanya yang menjadi peneman hidup...moralnya wahai adik2...jgn benci2 kat orang nanti org tu la akan menjadi pujaan hati....hahaha....

Kami ditemukan semasa masih menuntut di universiti...memang batch kami dulu ramai yang kawin sesama satu kelas...mmg UiTM tempat mencari jodoh kot...antara pasangan sekelas yg telah berbahagia sekarang seperti Faiz dan Apoi...An dan Kak Nani...Tj dan Tini...Cik Mer dan Farish...tu je kot...ke ada yg tertinggal eks...tp mmg kenangan berdating zaman belajar dulu amat melucukan....berdating secara berjemaah di Taj Mahal @ KLCC.....masihkah ingat ketika itu wahai Tini dan TJ...kita berdating ngan naik bas atau komuter...maklumlah pakwe2 kita ada motor cabuk jer...takkan nak bonceng lak kan....hahaha...

Sempena sambutan hari ini......ku berdoa semoga hubungan suci ini kekal abadi selama-lamanya....dan Insyaallah selagi nyawa dikandung badan hanya dia yang bergelar Raja dihatiku....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...