SILA KLIK DISINI

IKLANKU

Followers

Showing posts with label Yuyu. Show all posts
Showing posts with label Yuyu. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Aku Rindu Dia...



RINDU DIA
Tiba-tiba hari ini aku terpandang gambar dia
Tiba-tiba juga perasaan sebak menimpa
Tidak dipaksa tidak dipinta
Sungguh perasaan itu yang aku rasa

Rasa rindu teramat rindu
Rasa sayu bertambah sayu
Di dalam hati menjadi syahdu
Sungguh aku rindukan kamu

Tidak tahu apa patut dibuat
Lalu berwuduk terus bersolat
Sujudkan Allah berhadap kiblat
Menadah tangan berdoa berhajat

Titisan jernih tumpah juga
Sebak dijiwa mula menerpa
Entah kenapa begini rasanya
Hendak menolak tiada berdaya

Kugengam Yasin di sudut meja
Itu saja kurasa sebagai penenang jiwa
Helaian ku selak surah ku baca
Niat sedekah untuk dirimu disana

Duhai hati sabarlah dikau
Pendamkan gelora dan rasa rindu
Kerana dia tenang sudah disitu
Berdamping dengan empunya yang satu

Sebulan, setahun, sedekad malah seabad lamanya
Jika aku masih dikandung nyawa
Rindu ini pasti tetap bertandang jua
Kenangan manis denganmu kudakap sebagai pengubat jiwa

Maafkan aku kerana rindu tak dapat terhapus
Maafkan aku kerana kenangan tidak dapat terlupus
Walaupun aku redha kepergiamu dari sisiku terus
Namun sungguh detik pahit manis denganmu di memoriku tidak pernah pupus

Oh adik duhai adinda
Doaku dikau tenang disana
Tunggu saja ketibaan kami pula
Entah esok mungkin juga lusa

Rindu jiwa menghasilkan nukilan secara tak sengaja
Tapi kalimah Allah yang paling bermakna tidak pernah ku lupa
Sentiasa aku alun dan sedekahkan untuk dirimu disana
Al Fatihah untuk adinda NURUL AZHANUM kesayangan hamba



.......dikau dihatiku selamanya...



Lontaran hati : rindu ini tiada nokthanya


Thursday, April 19, 2012

Sedekahkan Al-Fatihah Untuk Adikku Yuyu...Sebulan Sudah Dia Pergi


Hari ini genap sebulan kepergiaan dia..... baru aku ada sedikit kekuatan untuk mencoret di sini...sebulan juga blog aku sepi...dan sebulan juga aku macam bermimpi....bermimpi yang si bongsu kesayangan kami sudah tiada lagi....tapi sekarang aku pasrah dengan realiti.....yang pergi tetap pergi....adinda kembali kepada pencipta kini...hanya doa dan ayat2 suci kami iringi.....


Ketabahanmu mengharungi dugaan penyakit yg maha hebat menjadi kekuatan kepada kami....kesabaranmu, kecekalanmu...kini bersisa menjadi jalinan semangat buat kami....perit pedih dek bahana kanser pasti tidak terperi ditanggung oleh batang tubuh yang kurus cekeding itu....kimoterapi, radioterapi, ubat tahan sakit dan bergantang2 ubat sudah jenuh kau hadap....sampai jemu....muntah....seluruh badan berbirat dek cucukan jarum...lebam disana sini....katil hospital silih berganti kau huni....wargakerja wad mengelarkan dikau sebagai penyeri....penghulu wad kiranya....pesakit lain yang senasib sudah terjalin hubungan akrab.....dengan sang doktor pun ibarat anak dengan bapak.....apa lagi yang tidak kau hadap....walaupun hati rabak....namun hatimu kuat....aku sebak....amat kagum dengan sebatang tubuh kecil yang jiwanya tetap mekar walaupun tubuh semakin lama semakin mengecut...dek penyakit ganas tanpa segan terus merebak........dan merebak.......sehingga tanggal 19 Mac 2012 Nurul Azhanum Binti Zainudin diseru sang pencipta untuk berdamping dengan Nya disana.....hilanglah sakitnya di dunia.....tiada lagi derita....disana hanya dia dengan Pencipta untuk perjalanan yg seterusnya.....


Yuyu adik bongsu yang manja...kami 9 orang abang dan kakak sangat menyayangi dia...kerana dia puteri bongsu...kerana dia penyeri keluarga...kerana dia seorang yang ceria....dia juga seorang makcik yang sangat penyayang...meyayangi dan mengasihi semua anak2 sedara dengan sepenuh hati....gambar2 anakku harus sering ku letak di gelanggang FB atas permintaan dia....ini kerana batasan kami beribu batu hanya menerusi media dia dapat melepas rindu buat anak2 sedara permata kalbu....pernah satu ketika aku ambik masa berjam2 utk upload video Alif yg terbaru untuk tatapan Cik Su nya...kerana Internet rumah aku cam siput sedut maka agak lambat utk bekerja....tapi demi melampiaskan rindu dia buat sikecik aku gagahkan juga upload gambar2 terkini....dengan itu lepas la rindu dendam Cik Su utk si pengarang jantung......sekarang tiada tujuan lagi utk aku berbuat begitu....sebab si penunggu di hujung sana sudah tiada....tiada lagi jeritan excited tatkala melihat gelagat terkini pengarang jantung.....tiada lagi bebelan membingit telinga kalau aku lama tak upload gambar atau video terbaru.....kini banyak gambar2 terbiar sepi....tidak gagah lagi untuk aku mengeditnya....
Senyuman tidak pernah lekang dari bibir comel dia....walau sesakit mana dia...tetap berpayah mengukir senyum....tetap gagah berhilai tawa....tetap utuh berhias ceria....walaupun didalam hanya dia yang mampu merasa.....senyumanmu dlm benak kami masih bersisa.....pasti tak akan lupa....

Dalam mengubat kesakitan yang sentiasa menghambat dia tetap ceriakan diri dengan binatang2 peliharaan....arnab.... itik serati dan kura-kura antara binatang yang dipuja...berdamping sebagai pengubat jiwa...anak2 sedara juga sejiwa....bila kami balik kampung pasti anak2 berlari ceria bersama Cik Su nya bermain dengan binatang kesayangan dia....

Si kecik ini paling disayangi Cik Su nya....hanya sekejap saja dapat bermanja....umur Alif baru menjangkau 2 tahun dan Cik Su sudah pergi meninggalkan dia....bila ditanya di mana Cik Su berada.....Alif pasti kata Cik Su sakit...siap buat gaya sakit sambil pegang perut....sebab selama seminggu sebelum arwah meninggal Alif sentiasa melihat Cik Su nya menahan kesakitan.....sebab tu di mulutnya kini hanya berkata cik su sakit bila ditanya....

Tatkala dia masih sihat...belum terhimpit dengan peritnya sakit.....belum merasa derita begelumbang dengan ubat...ketika pipinya masih merah....dia ceria macam remaja yang lain juga....

Yuyu bersama kakaknya Hani....yang macam isi dan kuku....apa saja untuk dia pasti di pinta juga untuk si kakak....sekarang si kakak sepi sebab tiada lagi yang memanggilnya kakak....sebab hanya yuyu adiknya yang ada...tiada lain lagi....

Saat kami sefamili masih boleh bertawa riang....masa ni Yuyu belum sakit...atau dengan lebih tepat sel kanser dalam badan dia belum menganas...masa ni kemana mana kami ceria bersama....tetapi dalam sekelip mata saja keadaan berubah.....

Begitu mengejut bila tetiba dia sakit....sangat sakit....tiada simptom awal....terus teruk...yang geram bila dirujuk di hospital daerah kami hanya dikata kencing kotor...tiada yang serius....bukan sekali di sedapkan hati begitu....tapi banyak kali.....apakah....???? kecuaian yg cukup nyata.....tapi perkara dah lepas.....kami pasrah cuma....pembedahan kecemasan terpaksa Yuyu tempuh sebab ovarinya dua2 dah teruk....dan pecah.....sel kanser begitu pantas menganas...menganas dan meratah setiap organ dalaman dia......aaaaahhhhhh sangat kejam.....sungguh cepat dia merebak....segala kaedah dah dicuba....sampaikan badan Yuyu sudah tidak berdaya....akhirnya dia pasrah dan menyerah....tidak mahu lagi ke hospital...tidak mahu lagi menjadi penghuni wad....tidak mahu lagi di cucuk sana sini.....tidak mahu lagi berharap dengan kaedah rawatan yang dia rasakan tidak banyak membantu......walaupun kami berharap dia teruskan rawatan tapi terpaksa akur dengan permintaan dia....sebab badan dia yang menanggung segala.....

Selepas di bedah dan kedua ovarinya dibuang.....dia kembali ceria.....kembali menjadi seorang remaja yang periang...tapi tidak lama....tapi kami puas sebab tatkala dia sihat untuk seketika kami sudah cuba membahagiakan dia.....dan dia juga berjaya menceriakan kami.....keluarga kami banyak beraktiviti bersama jika ada ruang....

Ku cuba penuhi setiap permintaan dia...aku puas hati sebab setiap apa yang dia nak makan hasil air tangan aku dapat aku tunaikan...walaupun tidak sesedap mana tapi masih mampu membuatkan dia tersenyum girang....saat itu pasti aku rindu.....serius......aku rindu.......

Bila beraktiviti bersama keluarga dia sentiasa mengukir senyuman menawan...menyembunyikan segala keperitan rasa.....walau dalam senyum itu beralaskan tusukan pedih di dalam.....

Gambar raya keluarga besar kami tahun lepas....kami 10 beradik kesemuanya....kehilangan si bongsu menjadikan kami tinggal 9 orang je kini.....tapi sampai bila2 pun adik beradik kami tetap 10 orang.....tidak berkurang di hati walau jasad sudah berkubur.....dia tetap adik bongsu kami yang ke 10.....selamanya.....kami mmg sentiasa 10......tiada yg dpt mengugat realiti itu.....

Mengenang kembali saat2 akhir aku bersama arwah....

6 Mac 2012
- Mama, Abah dan Yuyu sampai di LCCT
- Adik aku Ila menjemput diorg dan bawa ke rumah aku..masa ni dia masih boleh berjalan...bila sampai depan pintu rumah aku senyuman dia melebar...sebab dapat jumpa si pengarang jantung Ammar, Asyraf dan Alif....Amaleen anak adik aku pun turut menunggu Cik Su nya malam itu....aku hanya jamu bihun goreng je malam tu sebab diorg dah makan di jalan dengan Ila dan Aim....
- Malam tu anak2 sedara cukup seronok bermain dengan Cik Su

7 Mac 2012
- Adik aku Liza bersalin kat Pusrawi Jalan Tun Razak...aku, Mama, Abah dan Yuyu bergegas ke KL...
- Malam tu Mama tidur di hospital sebab temankan Liza...kat rumah hanya Abah dan aku menguruskan Yuyu....walaupun dia sering kesakitan malam tu tapi masih dalam kawalan....

Yuyu sempat memangku Faris di hospital

Bila dia dah tak larat pangku....Abah lak ambik alih...tapi nafsu dia untuk bermain dengan anak sedara baru mmg membuak2 walaupun dia tak larat...berpapah dia masa nak pegi hospital tengok Faris neh....

9 Mac 2012
- Malam tu Yuyu sakit agak teruk....menangis2 dia....aku agak panik....Abah nampak agak tenang pada luaran....tapi di dalam hatinya hanya Allah yang tahu....Mama pula masih di Pusrawi menemani Liza....Abah ambil telefon....keluar pintu pagar rumah aku dan telefon adik aku Ila suruh bawa balik mama.....tapi dia tak nak Yuyu tahu dia call Mama sebab Yuyu kata jangan ckp kat Mama yg dia sakit....
- Mama di hospital sana dah tak keruan bila dengar Yuyu sakit....gelisah dan resah....tak sabar nak balik ke rumah aku....malam tu dalam pukul 11 lebih Mama sampai....mata dia bengkak....sebab sebelum ni dia belum pernah tinggalkan Yuyu selama dia sakit....aku tahu perasaan dia.....malam tu Yuyu sakit sampai ke pagi....Abah memang tak tidur langsung....kena pantau dan urut Yuyu selalu....sungguh tabah Abah aku....walaupun dah uzur tapi dia setia di sisi Yuyu sentiasa....aku pulak terpaksa melayan karenah anak2 aku yang macam2 ragam....tak sempat sangat nak menjaga Yuyu malam tu....

10 - 17 Mac 2012
- Abah, Mama dan Yuyu masih dirumah aku....
- Sempat meronda sekitar Shah Alam....makan tutti fruti...makan itik panggang kat SACC...lepas tu agenda memanggang itik diteruskan dirumah sebab Azman beli sekor itik pulak...kenduri itik lagi
- Malam tu Yuyu sakit juga....sampai pagi takleh tido....perut dia terus membesar...nak pakai seluar pun dah tak boleh

18 Mac 2012
- Adik ipar aku beli sekor lagi itik kat pasar pagi....sebab dia tahu Yuyu suka makan itik....aku panggang lam microwave je...dan hidangan itu merupakan hidangan terakhir Yuyu makan dirumah aku...dan juga hidangan terakhir dalam hayat dia....masa ni ingatan dia dah macam bercelaru....dia dok mintak kicap...Mama aku pun bubuh kicap dalam pinggan dia.....dia nangis kata dia bukan nakkan itu....tapi mulut tetap kata nak kicap....bila Mama aku tanya Yuyu nak pencicah ke...dia angguk sambil air mata bergenang....sungguh sayu masa ni....pemikiran dia agak bercelaru....
- Aku dan Abah jenuh pujuk dia makan ubat tapi dia asyik dok bertangguh....bila kami suruh lagi beberapa ketika kemudian dia kata yg dia dah makan ubat tadi.....ermmm....dia asyik lupa....
- Lepas minum air pasti dia rasa nak termuntah sebab perut dia dah makin membesar...agaknya saluran dah semakin mengecil sebab tu air yg masuk di tendang keluar balik.....lps dia minum air dia minta tuala ngan aku....aku tanya nak buat apa tuala dia diam.....sambil dia menahan gelodak perut nak muntah....aku tanya Yuyu nak plastik untuk muntah ker....dia angguk....dan nangis lagi....kesian sangat kat dia masa ni....sangat keliru.....
- Dalam pukul 2 lebih aku dan mama bantu Yuyu ambil wuduk utk solat zohor...abah suruh dia jamak dengan Asar sekali sebab takut kat airport nanti mesti susah dia nak solat.....aku ambilkan sebekas air dan baldi....dia ambil wuduk atas tilam je sebab dah tak larat nak ke toilet....dalam dok ambik wuduk aku jadi sebak....sebab adik aku ini seorang yang kuat.....walau sesakit mana pun dia....solat tak pernah tinggal.....walau solat sambil duduk atau baring aje kalau tak larat sangat.....dan petang itu adalah solatnya yang terakhir.....wuduk yang aku bantu untuk diambil itu juga merupakan penyucian dia yang terakhir untuk mengadap Ilahi.....Alhamdulillah aku berperanan disitu untuk membantu dia melaksanakan kewajipan terakhir dia.....
- Pukul 3 petang kami berangkat ke LCCT sebab penerbangan diorg kembali ke kampung pukul 5.50 petang....dalam pukul 4 petang kami sampai di LCCT...dalam kereta dia asyik menangis menahan sakit....sesampai di airpot hubby aku terus terjah ambik wheel chair sebab Yuyu mmg dah tak larat nak berjalan.....lepas tu dia nak ke toilet....15 minit gak kami di toilet sebab dia kena di papah....kemudian kami pergi cari abah yg tgh check in barang....sekali lagi Yuyu kata nak gi toilet...wah dah tak lama nak kena boarding neh...aku dan Mama cpt2 bawa dia pegi toilet lagi sekali.....aku terdengar2 pengumuman yg flight ke KB dah boarding....alamak....keluar2 je dari toilet bergegas la kami bersalaman....rasa terkilan sebab tak sempat peluk Yuyu erat2 time tu sebab dah kelam kabut nak boarding....aku hanya bisikan kat telinga dia nanti kami balik jenguk Yuyu pula.....rupanya itulah bisikan aku yang terakhir buat dia....dan kami hanya balik untuk menjenguk kuburan dia.....
- Dalam pukul 7 Abah sms aku kata dah landing....aku sms balik tanya keadaan Yuyu....tapi Abah tak reply.....aku tak sedap hati.....terus call Mama...Mama angkat telefon.....tapi aku hanya dengar esakan tangisan...lepas tu Mama letak telefon.....ahhhh.....sungguh tak keruan aku masa tu....aku call Abah lak....tapi tak berjawab....tgh drive agaknya....lama lepas tu aku call Abah lagi sekali....dia kata dah dekat nak sampai rumah dah.....abah cpt2 letak sebab katanya dia tgh drive...Abah tinggal kereta rumah sepupu aku kat KB masa nak dtg umah aku aritu....so lepas mendarat kat KB dia kena drive balik Tanah Merah la plak...dia kena drive sendiri sebab adik2 aku yg lain semua dah tak ada kat rumah.....
- Malam tu Abah telefon aku kata Yuyu tak sedar lepas landing kat Airport KB tadi...Ya Allah...sangat takut aku dengar masa tu....sebab masa kat LCCT pun aku nampak dia lain macam dah.....malam tu Abah panggil orang baca Yasin kat rumah.....aku hanya mampu bacakan dari jauh selain bersolat hajat memohon Allah memudahkan segala urusan.....

Yuyu masa di LCCT...masa ni dia dah celaru...

Amaleen kiss Cik Su untuk terakhir kali.....


19 Mac 2012
- Aku bekerja seperti biasa....cuma standby berita dari adik aku Ida yang menjadi perantara....nak call Mama mmg tak boleh dah masa ni sebab perasaan Mama dah bercampur baur....Abah lak asyik dok kata tak ada apa2....hanya Ida yg dapat melapor perkara sebenar.....
- Tepat pukul 1.15 tengahari tatkala aku menjamah lunch di pantry telefon aku berdering.....berdebar sangat masa tu....Ida yang call....suaranya sebak....dia menangis.....perlahan2 dia bagitahu aku yang Yuyu dah tiada........................................perasaan aku ketika itu.......kosong.....tiada air mata....tiada kata2.....tapi bila aku khabarkan pada teman2....diorg yang dulu meleburkan air jernih......aku apa lagi....sudah tidak mampu menahan air mata yg dari tadi aku tahan..........tapi aku redha dengan ketentuan Ilahi.....itu yang terbaik untuk dia......
- Petang tu juga kami semua berangkat balik....adik aku yang lam pantang pun kena angkut sekali....kami konvoi 4 biji kereta.....kami takde berkejar sangat nak balik sebab abah kata jenazah sudah diuruskan dan akan disegerakan untuk disemadikan.....kami redha untuk urusan disegerakan...tidak perlu tunggu ketibaan kami...sebab kami dah sempat bersama dia selama seminggu lebih....tapi kami tetap balik untuk memberi kekuatan buat Mama dan Abah....

20 Mac 2012
- Seawal pagi....kami sekeluarga ke makam Yuyu....kulihat tanah banyak berlebihan di tepi kuburan dia....adik aku Ida kata Si pengali kubur kata itu petanda yang baik.....tapi hanya Allah yang maha mengetahui....kami sekeluarga membaca Yasin dan bertahlil di perkuburan ini.....menghantar sedikit bekalan untuk dia di sana....Abah menasihati kami agar tidak lupa untuk menziarahi makam si bongsu ini sebab dia hanya ada adik beradik untuk terus mendoakan dia kerana dia tiada zuriat.......sesungguhnya adikku....doa kami sentiasa bersama kamu.....selamanya.....

Kami bertahlil di pusara Yuyu

Kami mengaminkan doa yang dibaca oleh Abah...semoga doa kami sampai kepadamu adikku....

Alif sangat terasa kehilangan Cik Su nya......bila kami cakap dengan dia yang Cik Su nya sudah tiada dan sudah dikebumikan di sini......dia macam terpegun.....tidak berkata apa2....cuma dia meramas2 tanah di pusara Yuyu.....pasti Alif akan merinduimu Cik Su.....kerana kau pernah membisikkan kepadaku yang Alif adalah anak sedara yang paling kau sayang......akan ku ingatkan pada dia untuk tidak lupa mendoakanmu....walaupun kalian hanya sempat bermanja sekejapan cuma......

Setiap hari selama di kampung kami menziarahi pusara adinda....hanya doa yang dapat kami kirimkan....semoga dikau damai disana......

Melihatkan keranda ini amat menginsafkan aku....dia si bongsu manakala aku si sulong....ajal tidak mengira umur....kau pergi dulu adikku....nanti pasti tiba juga waktu aku..........

Tanggal 21 Mac result SPM keluar.....sangat terkejut tengok result dia.....hanya satu yang gagal.....yang lain semua lulus.....ada yg dapat B+ lagi.....aku bangga dengan kamu adikku walau kau tidak ke sekolah dan hanya belajar sendiri dirumah tapi kau gagah untuk merempuh peperiksaan besar itu juga....masa mu banyak di hospital....mmg tiada masa untuk belajar.....kalau inilah result tidak belajar....bagaimanakah pula result jika kau mampu ke sekolah macam orang lain......inilah bukti semangatmu....semoga boleh menjadi contoh untuk insan2 yang sihat sempurna.......

Sekarang dah sebulan Yuyu pergi.....kami masih merindui dia.....tapi kami redha dengan ketentuan Illahi....kerana kita semua juga menuju ke situ....buat teman-teman aku pohon setulus hati untuk kalian menadah tangan dan sedekahkan doa untuk arwah adik tersayang Nurul Azhanum Binti Zainudin......semoga dia damai di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman......terima kasih juga untuk setiap keprihatinan dan ucapan takziah dari kalian dari setiap saluran.....semoga Allah juga membalasnya....


Ertinya: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kami kembali pula kepada Allah dan kami pasti kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Catatlah mayat ini pada sisi Engkau dalam golongan orang-orang yang baik, dan jadikanlah catatannya dalam golongan yang terpuji / tinggi.
Wasalam....
Lontaran hati : detik kita juga pasti tiba.....

Monday, March 12, 2012

Minggu Menjadi Perawat, Pemandu, Tukang Masak Dan Pengasuh

Selasa lepas Mama, Abah dan Adik aku Yuyu selamat sampai ke rumah aku...dah pada Rabu lepas pulak adik aku Liza telah selamat melahirkan putera sulungnya di Pusrawi KL......maka agenda aku minggu lepas of coz la sebagai driver kepada mama dan abah aku utk ke tempat Liza...boleh tahan gak jarak Shah Alam- KL kan....tu sebab aku akan bertolak selepas jalan dah clear sesudah org dah selamat pegi ke destinasi kerja masing2....dan akan berangkat pulang ke rumah selepas orang semua dah selamat sampai ke rumah masing2...tapi hari Rabu lepas agak cuak juga sebab hujan di KL tersangat lebat....dah le Pusrawi tu kat Jalan Tun Razak yg mmg selalu terjadi banjir kilat......hati berdegup kencang je masa tengok hujan lebat tu....aku parking kat basement lak tuh...jiwa dah kacau dah time tuh....dah la adik aku Yuyu yg sakit pun ada skali...kalau sangkut lam banjir mmg la haru biru jadinya tu....tapi Alhamdulillah Allah mempermudahkan segala urusan....kami balik malam tu dah dekat pukul 11 malam....walau pun hujan masih menderu dari KL sampai le ke Shah Alam tapi keadaan jalan sangat clear....tiada sangkut dimana2....syukur sgt...bila sampai rumah anak2 aku semua dah tidur...kesian diorg terutama Alif la sebab ibu tak dapat tidurkan malam tu...diorg berperang ngan ayah diorg jer la...

New born...baby Faris...

Sangat comel macam mak sedara dia kan...hihi

Faris dan nenek yg menjaganya kat spital

Faris dan ayahndanya...

Faris dah pandai merenung Abah Tok

Malam tu juga mama menjaga Liza kat spital.....so hanya aku dan abah la kena menguruskan Yuyu kat rumah...bab nak makan, nak pergi bilik air, nak solat, nak itu ini mmg aku la kena buat....kesian jugak tengok abah yg dah agak uzur kena melayan Yuyu yang agak berkarenah bila sakit neh...kalau dia tak puas hati atau sakit, secara automatik akan menangis dan marah2....mmg kami tak salahkan dia....sebab mungkin dia terlalu stress dengan penyakit yg dia alami kini...walaupun macam2 kaedah rawatan tapi keadaan tak banyak berubah....mungkin perasaan dia agak kecewa...sebab tu dia berkelakuan begitu....jadi kami kena banyak bersabar dengan karenah dia....kalau kita di tempat dia mungkin akan berkelakuan serupa juga....jadi aku cuba sedaya upaya menyediakan sesempurna mungkin keperluan dia selama aku boleh berbuat demikian....semoga dia tabah.....

Walaupun tak larat Yuyu masih gagahkan diri utk tengok baby Faris kat spital...

Rutin memasak di dapur juga kena menjadi ligat juga sebab banyak perut perlu diisi...walaupun kekadang perut aku sendiri yg lupa utk di isi....tak kisah ler...asalkan perut diorg berisi....terutama anak2 aku yg makin banyak songeh....dan masak mcm2 lauk pun diorg masih setia ngan ayam dan telur goreng....cehh penat je aku masak mcm2 lauk....akhirnya itu juga yg diorg nak....kalau tak ada lauk pebret diorg tuh mmg tak nak makan ler....tapi agak lega juga sebab ada mama sbg assistant....dan hari ni sangat best sebab mama bikin roti telur bawang pebret aku...yehaa...

Semalam adik aku Liza dah boleh discharge dari wad Pusrawi....dia kena delay sehari keluar wad sebab anak dia si Faris kena jaundis la plak....nasib baik tak teruk sangat....maka satu lagi rutin bertambah....sebagai pengasuh baby dan penjaga org dlm pantang...hihi...nasib baik ada bantuan mama juga....so semalam kami angkut katil bawak turun bawah...kesian lak nak soh Liza tido atas lantai sebab dia kan kena operate aritu....lepas tu kami siap pasang tirai kat ruang katil tuh...senang la sket dia nak menyusu anak...takde la open sangat....ini la kisah rumah kecik kan...kena la dok kat ruang tamu jer...bilik bawah dah jadi bilik bibik....takkan nak soh bibik lak tido kat hall kan....

Semalam adik2 aku si Ila, Azman dan Hani pun ada datang juga...maka meriah la rumah aku....semua pakat dok mengelek baby baru....jenuh la lepas ni baby tak mau letak neh...asyik nak berdukung jer la...lepas ni pandai2 la ibu dan ayah dia nak handle...hihi....dan yg geram bila si Liza sangat stress bila nak menyusukan baby dia....biasa la pengalaman pertama mesti la agak kekok sikit...lama2 nanti biasa ler....aku cakap menerusi pengalaman...masa aku lahirkan Ammar dulu rasa sangat kekok nak nyusukan dia...ye la pengalaman anak sulung kan....tapi lama2 dah ok ler....harap2 si Liza tabah utk meneruskan penyusuan ekslusif kepada baby Faris....jangan putus asa......susu ibu adalah yg terbaik buat anak2.....

Harini aku terpaksa kerja dulu...walaupun kat opis takde keje sangat pun...user pun dah agak berkurang bila minggu cuti skolah neh.....so esok aku akan bercuti selama 3 hari....menyambung rutin baru neh....walaupun anak2 aku sibuk ajak pergi bercuti tapi terpaksa dihampakan kali ni sebab rutin yg terlalu padat...Insyallah bila ada masa nanti kita pergi bercuti yer.....

Tata.....

Lontaran hati : tak sabar nak baby juga....tapi versi heroin....




Monday, March 5, 2012

Mama, Abah Dan Yuyu Nak Datang

Esok Mama, Abah dan adik aku Yuyu nak datang sini....sini maksudnya Lembah Klang ler...sebab memula mendarat kat epot adik aku Ila yg akan ambik....dan of coz dia akan kidnap balik umah dia dulu kat Balakong....lps tu maybe diorg dtg rumah aku lak kat Shah Alam neh...lps tu pegi tempat Liza lak sebab adik aku tu menunggu hari je nak bersalin....tapi rasanya si Liza akan dtg umah aku gak lepas bersalin tuh...sebab rumah dia nun kat puncak donia....tingkat 5 yg tiada lif...ada daya ke nak manjat lepas beranak tuh....maka minggu depan rumah aku pasti la very de meriah....aku lak dah apply cuti 2 hari nak entertain diorg...memula aku plan nak balik kampung cuti skolah minggu depan neh....tp sebab diorg dah dtg sini tak jadi la kot aku balik kampung....cuma doa aku semoga Yuyu kuat nak berjalan jauh tu sebab kesihatan dia agak merosot sekarang neh...harap2 bila berubah angin keadaan kesihatan dia semakin ok...lps ni leh la main ngan anak sedara baru...

Tak banyak sgt aktiviti leh plan kali ni rasanya sebab Yuyu dah tak larat sangat nak berjalan....cuma yg pasti aku akan masak pelbagai kek utk dia....sebab dia mmg dah request soh aku buat kek.....don't worry dik....minggu ni kita masak kek jer...semua jenis kek nanti kita buat eks...kita balun kek puas2...lepas tu kita buat bbq ker...mesti best kan....

Ya Allah Engkau yang maha mengerti dan mengetahui, berikan kesihatan yang bagus buat adik ku yg merana kesakitan itu...semoga dia dilimpahi dengan cahaya kegembiraan selagi terdaya...dan semoga kami tabah dengan ujian ini....amin....

Aku pohon kalian juga doakan adik kesayanganku Nurul Azhanum @ Yuyu untuk sihat2 aje dan kuat semangat melawan sakit kanser yg di deritainya.....terima kasih....

Tata



Lontaran hati : hanya insan yg tabah mampu mengharunginya...aku kagum





Wednesday, December 28, 2011

Terlerai Rindu Buat Tersayang


Jumaat lepas kami balik Tanah Merah utk meleraikan rindu buat keluarga tersayang...terutama si bongsu yang sedang berjuang iaitu si Yuyu...Alhamdulillah masa kami balik dia ceria...walaupun dia kesakitan namun dia tahan jer...sungguh tabah adik ku ini...huhu...semoga dia terus tabah berjuang....dan berjuang...jangan mengaku kalah yer dik.... dan jangan malas makan ubat....setelah puas dipujuk utk masuk wad...akhirnya dia pasrah...dan mungkin dalam masa terdekat dia akan melangkah kembali ke HRPZ2...tabah dik....jadikan rawatan itu sebagai cabaran untuk berjuang....jgn putus asa...kami sentiasa dibelakangmu...walaupun dari jauh....

 
Masa dikampung selama 5 hari tu pelbagai aktiviti bersama kami jalani...jumlah ahli keluarga yg berkumpul ialah seramai 23 orang...campur ngan mak mertua Ila dan anak sepupu dia jadi ler 25 orang...bayangkan kemana2 kami bergerak bersama...semua...cuma utk hari ke 2 dan ke 3 Azrin tak dpt join sebab dah kena kerja...

Antara aktiviti happening kami selama 5 hari tu ialah....
1.Pergi umah tok ayah....makan2 disitu
2. Makan steam boat di Chim Chum, Kota Bharu 
3. Membakar lemang di Tumpat kat rumah Pak sedara kami Ayu...
4. Sopink di Rantau Panjang
5. Bergosipan di rumah...hehehe...agenda paling best

Jom layan gambo2 yg sempat digodek lak...gambar bersepah tp tak sempat nak godek

Yuyu layan makan steam boat...Alhamdulillah selera makan dia terbuka disitu...kat rumah jenuh masak mcm2 tapi dia tak selera langsung makan.....happy tgk dia leh makan sikit kat situ...walau tak banyak mana at least ada juga yg masuk perut....di rumah nak telan air pun payah

Sempat lagi posing sblm makan...tp aku makan sekadar apa yg diorg ambik jer la....nak merayau ambik sendiri tak berdaya sebab Alif dok merap je time neh...dok berkepit je ngan dia..ramai yg tanya nape tak bagi bibik je jaga dia...ntah aku lebih selesa jaga anak2 aku sendiri kalau aku ada kat situ...tak harap pun ya jugak sebab bibik suka leka....

Ahli keluarga besar kami...semua pakat berdiri masak steam boat...Yuyu pun happy jer time neh sebab semua berkumpul....
Sebelum balik kampung aku sempat membaking kek red velvet yg diminta oleh Yuyu...so suka la dia dpt makan kek tu...nanti kita buat kek lain yg lebih best eks....

Di tumpat kami membakar lemang...semua dpersiapan disediakan oleh pak sedara kami...yg kami panggil Ayu...asal nyer patut panggil Paksu tp sebab masa kecik aku pelat dan panggil Ayu jer...so sampai ke tua lekat cenggitu...dan semua sepupu2 pun ikut panggil Ayu gak...itulah kuasa anak sedara sulung kan...mencipta panggilan yg melekat dipanggil dek semua orang...

Sebab kami bakar lemang di hari Krismas ialah utk menunaikan idaman budak sorang neh....si Ila ni baru je pregnant 3 bulan...macam2 dia ngidam nak makan....antaranya ialah lemang....katanya lemang yg dibeli tepi jalan tak best sebab lemang tipu...tak ada kepala lemang yang lemak berkrim tuh...huh...kolestrol tinggi tuh....maka kena la kami berlemang....utk berlemang kena la pegi umah Ayu sebab dia pakar buat lemang...kami tahu makan jer...hehe

Ni posing 4 sepupu....suka sgt la bebudak ni berkumpul ngan sepupu2 diorg...Ammar lagi la sonok...mmg tak leh nak ambik pun gambar dia sebab sibuk berkejaran sana sini main ngan sepupu2 dia yg dah beso...tinggal yg kecik2 jer la yg dok posing depan kamera...kena paksa pun ya gak...hihi.....tapi bila tgk2 mmg betul la semua diorg ni nama bermula ngan huruf A....kecuali Danial jer...Anisya, Ammar, Asyraf, Alif, Aina, Amaleen dan Aniq.....haaa...semua A tuh...tahun depan akan bertambah 2 oraang lagi sepupu diorg yg on de way tuh...anak Liza dan Ila....harap2 aku pun dpt menyumbang gegirl gak tahu depan...hehehe


Alif asyik dok berkepit ngan Cik Su dia neh...kemana2 dia ngan Cik Su jer...tgk tu makan lolipop pun share ngan Cik Su...org lain mintak jgn harap la dia nak bagi...ngan Cik Su je dia nak kongsi...Cik Su pun suka melayan budak kecik neh...awal2 pagi bukak je mata si Alif tak sabar nak kejut Cik Su bangun....kalau ajak keluar bilik soh mandi liat je dia nak bangun....tapi kalau kata jom kita pegi kat Cik Su..pantas je dia bangun...hehehe...anak sedara kesayangan Cik Su neh...

Yuyu agak ceria bila semua adik beradik balik...aku tahu dia sakit...aku tahu dia menahan je getar sakit itu...tapi dia kuat...masih mampu tersenyum....walaupun sesekali mukanya berkerut menahan derita....sabar adikku...semua itu sudah tersurat buatmu....

Esoknya kami semua ke Rantau Panjang lak....banyak gak hasil pelaburan disitu....sekali sekala menjejak kaki kan....dah lama aku tak pegi situ...sebab asal balik kampung je mesti banyak agenda...tak sempat pun nak sopink2 neh...kali ni nasib baik sempat...gambar kat Rantau Panjang tak sempat snap sebab kalut sopink dan layan anak2 jer...
Ini lak anak2 ngan tok ayah aku atau moyang diorg...Alhamdulillah Tok Ayah dah semakin sembuh....dah makin ceria...tambah2 bila anak2, cucu2 dan cicit2 dtg menziarah....semoga kesihatan Tok Ayah semakin bagus....

Itu je kisah balik kampung kali ni....nanti kita set family gathering yg lebih happening....kita berkumpul ramai2 lagi....kita buat aktiviti2 yg gempak.....tak sabar menanti saat2 itu....saat bersama family adalah yg terindah buat diriku....

Tata


Lontaran hati : aku gembira melihat mereka gembira...biarpun berhabis



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...