Salam semua...
Disini saya memohon jasa baik kengkawan semua yang berkeupayaan untuk membantu...
Adik bongsu saya Yuyu sedang bergelut dengan penyakit kanser....
Dia sudah menjalani beberapa sesi kimoterapi tetapi sel barah begitu cepat merebak...
Sekarang dia sedang menunggu untuk meneruskan kimoterapi dengan ubat yang lebih kuat...
Tetapi malang sekali kerana darah dalam badanya tidak mencukupi untuk membolehkan dia menjalani kimoterapi....
Saya amat-amat berharap kepada kengkawan yang ada darah dari kumpulan A+ dapat menyumbangkan sedikit darah kalian yang cukup berharga itu bagi membolehkan adik saya menyambung rawatannya....
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala sumbangan darah yang telah disumbangkan oleh sanak saudara dan sahabat handai setakat ini....namun dalam menjalani banyak lagi sesi kimoterapi adik saya masih memerlukan lebih banyak darah....
Malang sekali tabung darah di hospital adik saya dirawat iaitu di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 juga mengalami kekurangan darah yg agak kritikal....
Saya amat berharap kepada semua yang budiman yang mampu mendermakan darah bolehlah berbuat demikian demi membantu adik kesayangan kami ini.....anda boleh mengemukakan maklumat adik saya seperti dibawah semasa menderma....
Maklumat adik saya adalah seperti berikut:
Nama : Nurul Azhanum Binti Zainudin
No. IC : 930131035926
Penyakit : Kanser Ovari
Hospital : Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bharu
Wad : Mawar
No contact : 012-9559782 (Cikgu Din)
Sumbangan ikhlas dari kalian semua amat kami sekeluarga hargai dan semoga Allah saja yang mampu membalasnya...amin....
No comments:
Post a Comment