SILA KLIK DISINI

IKLANKU

Followers

Wednesday, June 13, 2012

Aku Rindu Dia...



RINDU DIA
Tiba-tiba hari ini aku terpandang gambar dia
Tiba-tiba juga perasaan sebak menimpa
Tidak dipaksa tidak dipinta
Sungguh perasaan itu yang aku rasa

Rasa rindu teramat rindu
Rasa sayu bertambah sayu
Di dalam hati menjadi syahdu
Sungguh aku rindukan kamu

Tidak tahu apa patut dibuat
Lalu berwuduk terus bersolat
Sujudkan Allah berhadap kiblat
Menadah tangan berdoa berhajat

Titisan jernih tumpah juga
Sebak dijiwa mula menerpa
Entah kenapa begini rasanya
Hendak menolak tiada berdaya

Kugengam Yasin di sudut meja
Itu saja kurasa sebagai penenang jiwa
Helaian ku selak surah ku baca
Niat sedekah untuk dirimu disana

Duhai hati sabarlah dikau
Pendamkan gelora dan rasa rindu
Kerana dia tenang sudah disitu
Berdamping dengan empunya yang satu

Sebulan, setahun, sedekad malah seabad lamanya
Jika aku masih dikandung nyawa
Rindu ini pasti tetap bertandang jua
Kenangan manis denganmu kudakap sebagai pengubat jiwa

Maafkan aku kerana rindu tak dapat terhapus
Maafkan aku kerana kenangan tidak dapat terlupus
Walaupun aku redha kepergiamu dari sisiku terus
Namun sungguh detik pahit manis denganmu di memoriku tidak pernah pupus

Oh adik duhai adinda
Doaku dikau tenang disana
Tunggu saja ketibaan kami pula
Entah esok mungkin juga lusa

Rindu jiwa menghasilkan nukilan secara tak sengaja
Tapi kalimah Allah yang paling bermakna tidak pernah ku lupa
Sentiasa aku alun dan sedekahkan untuk dirimu disana
Al Fatihah untuk adinda NURUL AZHANUM kesayangan hamba



.......dikau dihatiku selamanya...



Lontaran hati : rindu ini tiada nokthanya


2 comments:

ibuaries said...

Al-Fatihah...

potpetmama said...

Alfatihah...penah merasai penglaman yg sama..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...