Hari2 kita bekerja...tak kira le keje sendiri ke...makan gaji ke...jadi bos ke...hatta jadi kuli sekalipun....tapi ada ke rasa ikhlas di hati kita dalam pekerjaan kita...adakah kita bekerja untuk mengharapkan sesuatu.....adakah kita bekerja untuk menunjuk2.....adakah kita bekerja utk mendapat ganjaran semata....atau mungkin kita bekerja untuk keberkatan....tepuk dada tanya iman....
Tak kira walau siapa pun kita.....sebagai bos besar di bilik yang berkerusi empuk dan berhias indah...mahupun sekadar tukang angkut sampah di bilik besar itu......semuanya bekerja untuk sesuap nasi....mungkin perut bos ngan perut si pengutip sampah tidak sama....perut bos mampu dipenuhi ngan makanan berstatus tinggi mungkin dari hotel berbintang2...sdgkan si pengutip sampah hanya sekadar makan di sudut kecil rumahnya dengan ala kadar....tapi semua itu rezeki...agak2 sapa lagi ikhlas dalam pekerjaan....si bos atau pengutip sampah itu.....ooohhh...itu sesuatu yg sgt subjektif.....hanya Allah yg bijak mengadili......
Apakah erti ikhlas itu sebenarnya yer....hasil google....
Ikhlas adalah salah satu tiang akhlak islami, tanpa itu maka amal akan lenyap, tak ada manfaat. Jadi ikhlas adalah perbuatan tertinggi kemurnian hati, hanya karena Allah dan untuk Allah. Dalam setiap perbuatan, kita dituntut untuk selalu ikhlas. Ikhlas sebelum melakukan amal, ketika sedang, dan setelah melakukannya. Contohnya, ketika kita akan bekerja maka kita niatkan hanya untuk Allah, dan sesudah bekerja pun kita tetap mengingat-ingat bahwa bekerja yang baru saja kita lakukan ikhlas karena Allah.
Rasulullah SWT bertanya kepada Jibril As tentang maksud ikhlas, Lalu Jibril bertanya kepada Tuhan Yang Maha Suci tentang ikhlas, apakah sebenarnya? Allah SWT menjawab Jibril dengan berfirman, ''Suatu rahasia dari rahasia-Ku yang Aku tempatkan di hati hamba-hamba-Ku yang Ku-cintai.''
Aku nak berkongsi juga ttg artikel yg aku jumpa tentang ikhlas dan pengorbanan dalam pekerjaan
sumber : http://www.masjidnegara.gov.my
Pengorbanan dalam menjalankan tugas mencerminkan keikhlasan seterusnya manjadikannya sebagai salah satu ibadah. Seseorang yang hanya melakukan satu pekerjaan semata-mata untuk mendapat habuan dan faedah bukan merupakan pekerja yang cemerlang. Saya suka menyentuh pengorbanan dari sudut perspektif seorang penjawat awam memandangkan gaji dan upah yang diterima pada setiap bulan merupakan wang rakyat dan ia merupakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh kerajaan. Berbeza dengan penjawat awam yang berorentasikan perkhidmatan, mereka yang bekerja di sektor swasta pula berorentasikan perniagaan dan dibayar dengan wang hasil keuntungan syarikat.
Jika diteliti rata-rata di kebanyakan jabatan kerajaan, tidak ramai yang sanggup mengorbankan sedikit masa dan tenaga di luar waktu atau bidang tugasnya. Sebagai contoh mereka mula memikirkan bayaran lebih masa atau mencipta alasan apabila diarahkan bertugas di luar waktu pejabat. Antara puncanya ialah disebabkan tiadanya rasa ikhlas atau tidak merasakan bahawa kerja itu juga merupakan satu ibadah yang dibayar pahalanya oleh Allah.
Umum mengetahui, ibadah terbahagi kepada dua, iaitu Ibadah Khusus dan Ibadah Umum. Ibadah Khusus ialah seperti solat, berpuasa, menunaikan zakat, bersedekah. Ibadah Umum pula ialah setiap perkara harus yang dilakukan dan mendatangkan kebaikan di samping keredhaan Allah. Justeru setiap pekerjaan yang kita lakukan akan sentiasa mendapat pahala selagi mana ia mendatangkan kebaikan apatah lagi dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan tidak terlalu berkira dan mengharapkan pujian dan balasan
Jika diteliti dalam sirah, kita boleh mengambil contoh pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Allah Musa ketika mana dia dikahwinkan dengan salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib ( Mengikut pendapat sebahagian ulamak) baginda disyaratkan untuk bekerja mengembala ternakan kepunyakan Nabi Syuaib selama 8 tahun sebagai ganti mahar. Namun Nabi Allah Musa secara sukarela menambah bilangan tahun dan menggenapkannya selama 10 tahun sedangkan pada ketika itu baginda sangat rindu untuk kembali kepada keluarganya di Mesir.
Pengorbanan seperti inilah yang dicari dan ianya tidak mustahil seandainya setiap daripada kita meletakkan niat bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata.
Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Taubah ayat 105 yang bermaksud:
Dan katakanlah wahai Muhammad “ Beramallah / bekerjalah kamu (akan segala yang diperintahkan ) maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara –perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”
Semoga kita dapat merenung ttg tahap keihlasan kita...
Tata...
No comments:
Post a Comment