SILA KLIK DISINI

IKLANKU

Followers

Wednesday, January 5, 2011

Laksa Sarawak

Aritu status FB aku psl aku masak laksa sarawak...hehehe....tak sangka ramai gak yg msg...ym dan email utk mintak resepi...hahaha...cam ler aku ni chef tersohor....lawak lak rasanya...ku main campak2 jer.....dan yg paling penting sebab ku ada pes laksa sarawak haji manan yg ku kirim ngan kawan dari sarawak...tp sb ramai yg request maka aku yg tak terer ni telah mengoogle resepi sebenar laksa sarawak...dan aku akan edit sket2 mengikut tambahan memandai2 aku...dan juga tak lupa ilmu yg diperturunkan oleh sifu nurul azira...hahaha...sb dia la tukang provide pes hj manan tuh....dah kegilaan kami utk menerai buat laksa sarawak neh sb masa makan kat umah nurul aritu semua org bertambah paling tidak pun 3-4 kali....sungguh nyaman....hehehe...

gambar hasil google yer...

Laksa Sarawak Istimewa

BAHAN-BAHAN ( 10 orang )

400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus)
2 bungkus Bihun
500gram udang basah
3 ketul dada ayam
500ml santan pekat (1 tin santan cream) ---->aku campur ngan susu cair sket utk lebih lemak berkrim
8 biji telur ayam
1 kiub pati ayam maggi
2 sudu besar sos tiram ---->aku tak boh pun aritu..lupa...
Garam, gula & msg secukup rasa ---->aku x boh msg...tak gemor
----> tambahan aku blend bwg merah 2 biji + bwg putih 5 ulas dan sedikit halia...kalau tak nak pun orait gak..pastu aku ketuk sebatang serai...suka..wangi


BAHAN TAMBAHAN

500gram tauge
Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka) ---->aku suka daun pudina
Limau kasturi @ lemon

SAMBAL BELACAN

15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah)
Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh) ----> aku guna udang kering...sodap
Sedikit air perahan limau@lemon
Garam & gula


CARA-CARA
 
1.Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
2.Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
3.Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
--->aku tumis bwg dan halia dulu
4.Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
5.Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika. 6.Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
7.Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.
8.Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau atau lemon.
 
 
CARA2 MENGHIDANG LAKSA SWK
 
Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.
 
Selamat mencuba yer...mmg mabeles....nyummmyyy....aku tambah 5 kali ooo...camner nak diet...huhu
Tata...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...