SILA KLIK DISINI

IKLANKU

Followers

Monday, August 15, 2011

Nukilan Untuk Yuyu.....Meriahkah Raya Kali Ini...???

Ramadan sudah tiba di titik tengah
15 hari sudah berjaya di tempuh
Aidilfitri pula bakal menjengah
Tapi kedatanganya adakah meriah...???

Dia masih menjadi tetamu setia
Di sudut katil yang tiada bermaya
Walau sering dilihat ceria
Dihati siapa yang mampu menduga

Duhai adik duhai sayangku
Cepat la baik cepat la kamu
Agar semua dapat kembali bersatu
Seperti waktu-waktu dahulu

Lambat kurasa detik kembali
Tak sabar rasa untuk menanti
Rindu di hati tidak terperi
Bersua semua sekali lagi

Doa kudusku untukmu adik
Sentiasa sihat sakitnya tidak
Cepatlah elok segeralah baik
Menempuh bulan yang penuh berkat


Yuyu selepas pembedahan pertama dulu 

Gambar terkini...dia masuk wad lagi.....masa ni semua beramai2 berbuka puasa di wad...termasuk baby Wafiq dan Amaleen....tunggu kepulangan Alif plak yer Cik Su....

Aku....mode nak balik kampung walau dalam apa suasana...sambutan tetap meriah dimana sahaja....kerana kita sentiasa sepakat....semoga Yuyu boleh beraya di rumah...tapi kalau ditakdirkan Yuyu kena beraya di hospital...jangan gusar adikku....kami sedia menemanmu.....selalu......kerana kami sayang kamu.....!!!!





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...