SILA KLIK DISINI

IKLANKU

Followers

Wednesday, August 24, 2011

Persediaan Balik Kampung...Utamakan Keselamatan

Sekarang semua orang sedang sibuk memikirkan soal balik kampung...dan masing2 akan lama meninggalkan rumah masing2 di musim perayaan ini.....maka si penyamun, pencuri dan perompak kebanyakkan sedang menyusun agenda utk menceroboh dan mengambil harta yg bukan milik mereka....maka berhati2 lah kita semua di musim perayaan ini....pastikan semua pintu berkunci, dan kalau semua jiran2 pun pulang ke kampung kena la maklumkan pada pihak berkuasa utk menengok2 umah kita tu....tp diorg dtg tengok ke eh...??? Dan satu alternatif yg aku jumpa utk pelindungan rumah kita adalah dengan mengamalkan membaca Surah Ad Duha....semoga rumah kita dan harta pencarian dengan titik peluh kita dalam lindungan Allah...dan semoga penyangak semua tidak cuba membuat khianat.....

SURAH AD DUHA


Surah Adh Dhuha yang beerti waktu dhuha adalah merupakan surah yang ke 93 didalam al quran,mengandungi 11 ayat,ia dinamakan adh dhuha kerana diawal surah ini allah swt bersumpah dengan waktu dhuha dan juga dengan waktu malam bahawa ia tidak meninggalkan atau membenci nabi muhammad saw sebagaimana yang diperkatakan oleh kaum kafir musyrik.allah swt memberi semangat kepada baginda agar jangan menghiraukan tuduhan dan fitnah musuh musuh islam.

Banyak yang kita boleh ambil darinya mengenai fadhilat dan juga faedahnya,antaranya menurut ulama apabila surah ini diamalkan membacanya menjadi wirid 7 kali pada setiap pagi ketika matahari terbit dan 7 kali setiap matahari terbenam,insya allah akan terselamat dari kecurian atau kehilangan.

Sekiranya terjadi kehilangan atau kecurian maka kerjakanlah solat dhuha 3 kali yakni 6 rakaat pada setiap pagi Jumaat sehinggalah yang hilang itu dapat kembali,selepas memberi salam maka berdoalah memohon kepadanya.

Selain dari itu sesiapa yang mengamalkan membaca surah adh dhuha 40 kali setiap hari,selama 40 hari dan berdoa memohon kepadanya,insya allah hidupnya akan terjauh dari keadaan fakir
 
Selamat bercuti semua...selamat berangkat ke kampung halaman....dan yang penting BERHATI-HATI DI JALAN RAYA...kerana yang menunggu pasti mengharapkan senyum tawa tapi bukan tangisan hiba....semoga kita semua dalam lindungan ALLAH....
 
Tata
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...