SILA KLIK DISINI

IKLANKU

Followers

Monday, November 8, 2010

Jawapan JKR diatas kegusaran kami

Hari tu telah diluahkan tentang keperitan jem setiap pagi dan petang..dan dah masuk lam paper juga ttg isu itu...terbaca lam Utusan JKR dah bagi jawapan....so harap2 lps ni jalan area seksyen U10 tenteram dan aman...patut la skg ada pak polisi yg menjaga kat trafic light tuh...harap2 kelancaran jalan spt pagi td berkekalan selama-lamanya....kalau tak jenuh punch card asyik merah jer.....
Artikel tersebut....

ARKIB : 04/11/2010 Utusan Malaysia


JKR jawab kesesakan Jalan Shah Alam-Batu Arang

MERUJUK kepada aduan Forum bertajuk Jalan Shah Alam-Batu Arang mohon polis trafik yang disiarkan pada 1 November 2010.

Dimaklumkan bahawa jalan yang diadukan melibatkan persimpangan Jalan Negeri B49 (Jalan Kuala Selangor dengan Jalan Persekutuan FT3214) dan Jalan Persekutuan FT3214 (Jalan Sungai Buloh dengan Shah Alam). Pihak Jabatan Kerja Raya telah menjalankan kajian trafik dan mendapati berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk di persimpangan Laluan Persekutuan FT3214 dan Laluan Negeri B49 (J1) pada waktu pagi antara pukul 6.20 pagi hingga 8.30 pagi.

Di samping itu kesesakan juga turut berlaku di laluan susur keluar dari Lebuh Raya Guthrie menghala ke Jalan Majlis dan Jalan Persekutuan FT3214 (J2).

Hasil kajian tersebut juga mendapati punca berlaku kesesakan yang teruk di lokasi tersebut adalah disebabkan oleh pertambahan bilangan trafik melebihi tahap keupayaan jalan berkenaan terutama pada waktu puncak.

Bagi Jalan Negeri B49, jumlah trafik adalah sebanyak 2294 pcu/hr berbanding keupayaannya sebanyak 1800pcu/hr, manakala Jalan Persekutuan FT3214 adalah sebanyak 3875pcu/hr berbanding keupayaan jalan sebanyak 3600pcu/hr.

Selain itu, di persimpangan J1 hanya terdapat dua lorong disediakan untuk trafik di atas laluan B49 yang ingin membelok ke kiri atau ke kanan jalan dengan dikawal oleh lampu isyarat yang sama. Kepadatan trafik di persimpangan ini adalah tinggi dengan Level of Service F dan hampir 80 peratus kenderaan membelok ke kanan.

Oleh yang demikian, jumlah kenderaan yang melepasi lampu isyarat dalam sesuatu masa lampu hijau adalah sedikit berbanding jumlah kenderaan yang menunggu. Masa menunggu melepasi simpang ini pula adalah 17 minit dengan panjang kenderaan beratur sejauh 1.5 kilometer.

Sehubungan itu, pihak JKR telah mengambil penyelesaian jangka pendek bagi mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut terutama pada waktu puncak pagi di persimpangan J1 dengan menambah bilangan lorong sedia ada di persimpangan B49/FT 3214 daripada dua lorong kepada tiga lorong sehala di mana dua lorong untuk membelok ke kanan dan satu lorong untuk membelok ke kiri secara terus. Penambahan satu lorong ini adalah dengan memecah median sedia ada dan digantikan dengan New Jersey Barrier (NJB). Kerja menaiktaraf persimpangan ini telahpun bermula pada 20 Oktober yang lalu dan dijangkakan siap dalam tempoh enam minggu.

Di samping itu, tindakan juga diambil dengan melebarkan jalan menuju ke jambatan di simpang J1 dari persimpangan Sunway Kayangan untuk menjadikan laluan tersebut daripada satu lorong kepada dua lorong.

Untuk mengurangkan kesesakan di waktu puncak petang pula, satu lorong baru yang merupakan laluan terus membelok ke kiri di simpang J1 akan disediakan di atas Laluan Persekutuan FT3214 untuk kenderaan memasuki Jalan B49.

Di samping itu, pembinaan jalan susur masuk dari Lebuh Raya Guthrie ke Jalan Negeri B49 sedang dibina oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang dijangka dapat digunakan sebagai laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di waktu puncak petang di simpang J2.

Untuk pengetahuan, pihak polis trafik juga telah memberi kerjasamanya mulai 1 November 2010 dengan menempatkan anggotanya untuk mengawal kelancaran perjalanan lalu lintas di persimpangan tersebut terutama pada waktu puncak.

Adalah diharapkan para pengguna dapat bersabar dan mematuhi arahan pegawai polis trafik yang bertugas di situ dan diharapkan dengan tindakan semua ini ia dapat melegakan para pengguna dan mengurangkan masalah kesesakan yang berlaku di persimpangan itu.

Bagi tempoh penyelesaian jangka masa panjang pihak JKR akan membuat permohonan kepada pihak Kerajaan untuk mendapatkan peruntukan bagi menaiktaraf persimpangan tersebut dan dipertimbangkan untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

SAIPOL ANWAR MOHD. RAJI

Pegawai Perhubungan Awam

Jabatan Kerja Raya Malaysia

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...