SILA KLIK DISINI

IKLANKU

Followers

Monday, November 1, 2010

Keluhan Penduduk Seksyen U10..Keluhanku Jua

Keluhan penduduk Seksyen U10

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
kota@utusan.com.my


Photobucket


Kenderaan dari Batu Arang bersesak menghala ke Shah Alam pada sebelah pagi.

--------------------------------------------------------------------------------



SHAH ALAM 22 Okt. - Penduduk Seksyen U10 di sini mengeluh berikutan kesesakan di jalan Shah Alam-Batu Arang yang perlu mereka lalui setiap hari seolah-olah tidak akan berakhir.

Pengguna yang paling teruk mendapat kesannya ialah mereka dari kawasan Perdana Heights, Puncak Perdana, Sunway Alam Suria, Bandar Nusa Rhu, Alam Budiman dan Cahaya SPK.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kesesakan paling teruk berlaku di persimpangan dari kawasan perumahan itu untuk ke jalan tersebut dan tersekat selama sejam adalah perkara biasa bagi penduduk di situ.

Menurut Wakil Gabungan Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk U10, Adnan Abdul Kadir, masalah itu telah berlarutan sekian lama dan memerlukan tindakan proaktif pihak berkuasa bagi mengatasinya.

"Kesesakan jalan ini berpunca dari rupa buminya yang berbukit, menyebabkan pergerakan kereta perlahan terutama apabila sebahagian besar penduduk keluar serentak pada waktu pagi.

"Oleh kerana penduduk perumahan di sekitar Seksyen U10 ini semakin ramai, kesesakan pada waktu puncak semakin teruk.

"Jadi, kita berharap jalan Batu Arang-Shah Alam ini dilebarkan bagi kemudahan pergerakan kenderaan," katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Adnan, pihaknya juga berharap polis trafik dapat membantu mengawal kesesakan di jalan tersebut pada waktu puncak secara konsisten.

Ini kerana, katanya, tanpa bantuan kawalan lalu-lintas, penduduk di kawasan U10 kadangkala terpaksa menunggu hampir satu jam untuk keluar ke jalan tersebut.

"Penduduk U10 bimbang jika keadaan itu tidak diperbaiki, masalah akan bertambah teruk pada masa depan kerana masih banyak projek perumahan sedang dilaksanakan di kawasan ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), polis, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pemaju perumahan duduk semeja membincangkan masalah itu.

Katanya, kesemua pihak perlu melihat prospek Seksyen U10 yang bakal menjadi sebuah kawasan penduduk yang padat.

Sementara itu, seorang kontraktor pendawaian elektrik, Shahrom Khizan, 38, yang menggunakan jalan tersebut setiap hari berharap pihak polis dapat mengawal lalu-lintas di persimpangan keluar dari kawasan perumahan di situ.

"Sepatutnya jalan ini diperbesarkan kerana ia merupakan laluan utama penduduk sekitar kawasan ini menghala ke Shah Alam.

"Jadi, saya harap pihak bertanggungjawab dapat menambah baik jalan Batu Arang-Shah Alam," katanya yang mengakui sering terlewat menghadiri temu janjinya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...