SILA KLIK DISINI

IKLANKU

Followers

Wednesday, November 24, 2010

kisah pelik...net laju mlm neh

Wah sungguh pelik malam ni..net kat umah aku lajus gilos....tak seperti selalunya yg mcm siput sedut kalau malam2 buta neh..kalau nak laju pun awal2 subuh jer...mungkin sebab student UiTM dah cuti...so aman la sket line kat sini....

Mlm ni gatal bukak net sb nak survey tadika yg bagus utk hero2 berdua tu...tahun dpn nak tuko diorg skolah lain lak utk cari environment baru...ammar dah 2 tahu skolah kat situ...so tahun dpn dah 6 tahun dah bujang tu so rasanya eloklah kalau kami hantar ke sekolah yg bagus sket...tp skolah apa yg bagus ek...erkkk tp kena ukur poket gak wehs...hehe...

Dok survey little caliph neh...cam minat jugak sb ada unsur islamik kan tp kat alam budiman la plak...jauh gak tuh...kena cari transport la plak...erm..camner eks..penin2...x pe kita usha2 dulu....

Malam ni terasa damai sebab 3 hero dah tumbang awal...kalau tak jgn harap la ibu dia leh ngadap lappy neh..pasti diorg jer kecoh nak main game...lps sedas dua diorg main game ibu dia ada gak ambik bahagian sekali...hahaha...bukan apa diorg suka main game zombi...tapi penakut..kalau agak2 zombi dah nak lobos masuk lam umah makan otak pasti diorg kelam kabut soh ibu sambung....ibu la yg kelam kabut nak mententeramkan keadaan dan menghalang zombi dari masuk umah makan OTAK...hahaha...

Ayah dia dok tekun tgk cite kegemaran dia tuh...Super Natural...aku tak suka cite tuh...ganas ler....lagi satu tak suka la tgk tv skg...asyik2 terjongol muka antu...sampai anak2 asyik ketakutan bila tgk tv..penah sekali aku dok masak kat dapur anak2 menerpa masuk dapur peluk aku..ingatkan kenapa..rupanya diorg takut tgk iklan cite antu kat tv tuh....geram jer rasanya....rasa nak soh diorg tutup tv jer....tak pun biar je diorg layan channel kartun diorg...takde la terkujat jer...penah skali tuh ammar leh campak adik alif yg dok atas riba dia kebawah gara2 takut tgk iklan cite antu kat tv...sib baik ada bantal..kalau tak mau benjol pala alif tuh......so seruanku buat stesen2 tv redakanla sket cite antu tuh...sian kat bebudak yg sdg membesar nih...

Wah dah panjang lebor nih...dah kol 12 pun..masa utk beradu...sok kijo wehs...
Tata

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha

Bersiaran dari kampung halamanku di tanah merah aka redland

Suasana hari raya yg tak berapa meriah sb semua adik2 aku yg meranrau tak dpt balik....hanya kami sekeluarga je balik....tu pun aritu berpikir byk kali nak balik ke tak...bukan apa...dgn susah ati nak cuti lama2 mengenangkan staff x ada..kesian lak kat user aku yg berlambak tuh....pastu ditambah pulak ngan kesihatan alif yg tak berapa baik....lps batuk dan selsema teruk dia diserang demam yg panas sesanggat plak...cecah 40' tuh....seram weh...tp mengenagkan yuyu yg rindu sgt ngan alif...ku gagahkan juga utk balik..sian yuyu nak kena chemo lagi...so kami balik juga utk bg semangat kat dia....

Tahun ni raya haji family kami x buat korban....sb abah kata yuyu x leh makan daging sb org ada kanser mmg kena pantang daging...so utk tidak menyeksakan jiwa dan raga dia...tiada lembu yg tumbang spt tahun2 sblmnya....kami hanya mkn daging org lain jer tahun nih....

Ermmm...x leh lelama dpn lappy...alif tak sihat..kena temankan dia....
tata...

Monday, November 8, 2010

Jawapan JKR diatas kegusaran kami

Hari tu telah diluahkan tentang keperitan jem setiap pagi dan petang..dan dah masuk lam paper juga ttg isu itu...terbaca lam Utusan JKR dah bagi jawapan....so harap2 lps ni jalan area seksyen U10 tenteram dan aman...patut la skg ada pak polisi yg menjaga kat trafic light tuh...harap2 kelancaran jalan spt pagi td berkekalan selama-lamanya....kalau tak jenuh punch card asyik merah jer.....
Artikel tersebut....

ARKIB : 04/11/2010 Utusan Malaysia


JKR jawab kesesakan Jalan Shah Alam-Batu Arang

MERUJUK kepada aduan Forum bertajuk Jalan Shah Alam-Batu Arang mohon polis trafik yang disiarkan pada 1 November 2010.

Dimaklumkan bahawa jalan yang diadukan melibatkan persimpangan Jalan Negeri B49 (Jalan Kuala Selangor dengan Jalan Persekutuan FT3214) dan Jalan Persekutuan FT3214 (Jalan Sungai Buloh dengan Shah Alam). Pihak Jabatan Kerja Raya telah menjalankan kajian trafik dan mendapati berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk di persimpangan Laluan Persekutuan FT3214 dan Laluan Negeri B49 (J1) pada waktu pagi antara pukul 6.20 pagi hingga 8.30 pagi.

Di samping itu kesesakan juga turut berlaku di laluan susur keluar dari Lebuh Raya Guthrie menghala ke Jalan Majlis dan Jalan Persekutuan FT3214 (J2).

Hasil kajian tersebut juga mendapati punca berlaku kesesakan yang teruk di lokasi tersebut adalah disebabkan oleh pertambahan bilangan trafik melebihi tahap keupayaan jalan berkenaan terutama pada waktu puncak.

Bagi Jalan Negeri B49, jumlah trafik adalah sebanyak 2294 pcu/hr berbanding keupayaannya sebanyak 1800pcu/hr, manakala Jalan Persekutuan FT3214 adalah sebanyak 3875pcu/hr berbanding keupayaan jalan sebanyak 3600pcu/hr.

Selain itu, di persimpangan J1 hanya terdapat dua lorong disediakan untuk trafik di atas laluan B49 yang ingin membelok ke kiri atau ke kanan jalan dengan dikawal oleh lampu isyarat yang sama. Kepadatan trafik di persimpangan ini adalah tinggi dengan Level of Service F dan hampir 80 peratus kenderaan membelok ke kanan.

Oleh yang demikian, jumlah kenderaan yang melepasi lampu isyarat dalam sesuatu masa lampu hijau adalah sedikit berbanding jumlah kenderaan yang menunggu. Masa menunggu melepasi simpang ini pula adalah 17 minit dengan panjang kenderaan beratur sejauh 1.5 kilometer.

Sehubungan itu, pihak JKR telah mengambil penyelesaian jangka pendek bagi mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut terutama pada waktu puncak pagi di persimpangan J1 dengan menambah bilangan lorong sedia ada di persimpangan B49/FT 3214 daripada dua lorong kepada tiga lorong sehala di mana dua lorong untuk membelok ke kanan dan satu lorong untuk membelok ke kiri secara terus. Penambahan satu lorong ini adalah dengan memecah median sedia ada dan digantikan dengan New Jersey Barrier (NJB). Kerja menaiktaraf persimpangan ini telahpun bermula pada 20 Oktober yang lalu dan dijangkakan siap dalam tempoh enam minggu.

Di samping itu, tindakan juga diambil dengan melebarkan jalan menuju ke jambatan di simpang J1 dari persimpangan Sunway Kayangan untuk menjadikan laluan tersebut daripada satu lorong kepada dua lorong.

Untuk mengurangkan kesesakan di waktu puncak petang pula, satu lorong baru yang merupakan laluan terus membelok ke kiri di simpang J1 akan disediakan di atas Laluan Persekutuan FT3214 untuk kenderaan memasuki Jalan B49.

Di samping itu, pembinaan jalan susur masuk dari Lebuh Raya Guthrie ke Jalan Negeri B49 sedang dibina oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang dijangka dapat digunakan sebagai laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di waktu puncak petang di simpang J2.

Untuk pengetahuan, pihak polis trafik juga telah memberi kerjasamanya mulai 1 November 2010 dengan menempatkan anggotanya untuk mengawal kelancaran perjalanan lalu lintas di persimpangan tersebut terutama pada waktu puncak.

Adalah diharapkan para pengguna dapat bersabar dan mematuhi arahan pegawai polis trafik yang bertugas di situ dan diharapkan dengan tindakan semua ini ia dapat melegakan para pengguna dan mengurangkan masalah kesesakan yang berlaku di persimpangan itu.

Bagi tempoh penyelesaian jangka masa panjang pihak JKR akan membuat permohonan kepada pihak Kerajaan untuk mendapatkan peruntukan bagi menaiktaraf persimpangan tersebut dan dipertimbangkan untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

SAIPOL ANWAR MOHD. RAJI

Pegawai Perhubungan Awam

Jabatan Kerja Raya Malaysia

Friday, November 5, 2010

Hari Jumaat Cuti Diwali

Jumaat 5 November...cuti raya deepavali..kalau duu time kanak2 selalu gaduh2 ngan adik2 aku sb suka nyakat org yg kulit kurang cerah celebrate raya nih...hahaha...yg x cerah tu termasuk aku la kot...tp yg lebih ketara adalah mek yos....hahaha...

Hari ni cuti...tp tak leh plan kemana pun sebab laki aku ngan xtvt rutin pd hari cutinya...iaitu kayuh...busan...kalau dia beli beskal kat aku sebijik kan best...leh join kayuh...yo la tuh....

Niat nak buat lawatan tapak ke Jusco...dgr kata ada sale...eerkkkk...tp poket berupaya KAH..??? huhu....tak pun pegi ronda GM Klang...x beli pun x pe...window soping adalah terapi minda....eeerrkk...ye ker....kang terbeli lak jd terapi poket rabak....huh....

Tp anak2 hari ni semua bangun awal...kol 6 semua mata dah terjegil...apa kes....tak kasi can ibu nak sambung panjangkan mimpi...huh....lps laki aku kayuh aku start kete p beli nasi lemak kat gerai depan sana....tp lps 15 minit kena pegi lg gerai tu gara2 ketidakcukupan donut...hero2 berdua tu bergaduh sb dont 3 biji yg kubeli hanya di konker oleh asyraf sorang jer....suka sungguh dia ngan donat...x pe nanti ibu buat sendiri yer...tp kena cari resepi dulu...hishh...

Tika ini Alif kembali menyambung lenanya....wah sedapnye dia tido...ibu pun rasa zzzzzzz jugak....ok la jom ibu peluk adik yer...jgn abg2 berdua tu dtg menyerbu udah...punah program....

Sekian edisi merepek di hari Diwali....
Tata...

Tuesday, November 2, 2010

Kejutan buat hubby

Kejutan ker..dia terkejut ker...cam selamba jer...x de unsur2 terkejut pun...erm...x pela..terkejut ke idak ker misi penghantaran aritu telah sukses...so selamat dah diorg membaham itu brownies dan cheese tart...ku sempat la jugak merasa hasil "tapauan" mr hubby...haha...

So inilah brownies tu...sib baik tokey yg buat sempat snap...kalau harap hubbyku itu mmg tak ado la gambo nyer...dapat terus ngappp jer....tak sentimental lgsg....

Photobucket

sesapa yg berkenan dan berminat nak order kek tuh leh la klik disini tgk blog akak ni yer...kek2 dia sume sedap2
Next order adalah besday kek utk Asyraf lak...
Tata..

Monday, November 1, 2010

Keluhan Penduduk Seksyen U10..Keluhanku Jua

Keluhan penduduk Seksyen U10

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
kota@utusan.com.my


Photobucket


Kenderaan dari Batu Arang bersesak menghala ke Shah Alam pada sebelah pagi.

--------------------------------------------------------------------------------



SHAH ALAM 22 Okt. - Penduduk Seksyen U10 di sini mengeluh berikutan kesesakan di jalan Shah Alam-Batu Arang yang perlu mereka lalui setiap hari seolah-olah tidak akan berakhir.

Pengguna yang paling teruk mendapat kesannya ialah mereka dari kawasan Perdana Heights, Puncak Perdana, Sunway Alam Suria, Bandar Nusa Rhu, Alam Budiman dan Cahaya SPK.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kesesakan paling teruk berlaku di persimpangan dari kawasan perumahan itu untuk ke jalan tersebut dan tersekat selama sejam adalah perkara biasa bagi penduduk di situ.

Menurut Wakil Gabungan Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk U10, Adnan Abdul Kadir, masalah itu telah berlarutan sekian lama dan memerlukan tindakan proaktif pihak berkuasa bagi mengatasinya.

"Kesesakan jalan ini berpunca dari rupa buminya yang berbukit, menyebabkan pergerakan kereta perlahan terutama apabila sebahagian besar penduduk keluar serentak pada waktu pagi.

"Oleh kerana penduduk perumahan di sekitar Seksyen U10 ini semakin ramai, kesesakan pada waktu puncak semakin teruk.

"Jadi, kita berharap jalan Batu Arang-Shah Alam ini dilebarkan bagi kemudahan pergerakan kenderaan," katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Adnan, pihaknya juga berharap polis trafik dapat membantu mengawal kesesakan di jalan tersebut pada waktu puncak secara konsisten.

Ini kerana, katanya, tanpa bantuan kawalan lalu-lintas, penduduk di kawasan U10 kadangkala terpaksa menunggu hampir satu jam untuk keluar ke jalan tersebut.

"Penduduk U10 bimbang jika keadaan itu tidak diperbaiki, masalah akan bertambah teruk pada masa depan kerana masih banyak projek perumahan sedang dilaksanakan di kawasan ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), polis, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pemaju perumahan duduk semeja membincangkan masalah itu.

Katanya, kesemua pihak perlu melihat prospek Seksyen U10 yang bakal menjadi sebuah kawasan penduduk yang padat.

Sementara itu, seorang kontraktor pendawaian elektrik, Shahrom Khizan, 38, yang menggunakan jalan tersebut setiap hari berharap pihak polis dapat mengawal lalu-lintas di persimpangan keluar dari kawasan perumahan di situ.

"Sepatutnya jalan ini diperbesarkan kerana ia merupakan laluan utama penduduk sekitar kawasan ini menghala ke Shah Alam.

"Jadi, saya harap pihak bertanggungjawab dapat menambah baik jalan Batu Arang-Shah Alam," katanya yang mengakui sering terlewat menghadiri temu janjinya.

Perancangan Kewangan Keluarga

Dunia sekarang semua memerlukan duit...dalam segenap hal duit adalah sesuatu yang amat penting...tapi adakah kita menggunakan duit yg diperolehi dengan sebaik mungkin...atau adakah kita terlalu boros dengan setiap ringgit yang kita ada...

Hari ini sessi mencari maklumat mengenai perancangan kewangan terutamanya simpanan untuk masa depan...bukan apa rasanya mulai sekarang aku perlu mencari jalan untuk menstabilkan ekonomi keluarga...duit asyik rasa tak cukup je kalau dihitung untuk dihabiskan...tp mcm mana dengan simpanan....errrkk...bape sen je yg ada...yg sikit tu pun asyik digali jer....so sessi mencari gali informasi tentang perancangan kewangan ini telah menemukan aku dengan beberapa maklumat yg mungkin boleh diaplikasikan.....harap2 aku mempunyai kekuatan untuk membuat perancangan kewangan yg baik dlm organisasi keluarga ku...dan semoga Allah mempermudahkan segalanya.....

Antara ilmu yg aku perolehi hari ini....adalah dari satu bab dari buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang


Photobucket


Sumber : Bab 4, buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang oleh Shamsuddin Abdul Kadir

Anda dapat hidup tanpa/dengan hutang dengan mengamalkan perkara di bawah ini:

- Simpan duit secara berterusan
- Kawal nafsu
- Hidup dalam kesederhanaan
- Belanja ikut belanjawan
- Bagi dahulu, baru terima
- Gunakan pinjaman secara bijak

1. Simpan secara berterusan

Dengan mempunyai simpanan, anda dapat membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Dengan adanya wang simpanan, ia mengelakkan dan mengurangkan risiko anda berhutang kerana anda tiada keperluan berhutang.

Tidak kira sekecil mana anda menyimpan setiap kali mendapat gaji, ia mengajar anda menyimpan. Ini memberikan ketenangan dan semangat setiap kali anda melihat duit tabungan anda semakin bertambah.

Sekiranya anda menyimpan sebanyak RM25 sebulan bagi 30 tahun dengan kadar faedah 7 peratus setahun, anda mempunyai RM30,000. Bagi simpanan RM25 seminggu dalam masa 30 tahun, anda mempunyai lebih RM122,000. Berapakah yang anda miliki sekiranya menyimpan RM200 sebulan bagi 30 tahun? Lebih daripada RM 245,000. Itu baru 7 peratus kadar faedahnya. Sekiranya anda menyimpan dalam simpanan yang kadar keuntungan lebih daripada 10 peratus, berapa?

2. Kawal Nafsu

Anda perlu kenal pasti dan faham perbezaan antara kehendak dan keperluan. Keperluan adalah perkara asas atau paling penting sebelum kehendak. Ini bukan bermaksud anda tidak boleh memenuhi kehendak anda, tetapi anda perlu memberikan keutamaan kepada keperluan dalam setiap langkah pada setiap hari dan masa.

Sekiranya anda memberikan keutamaan pada kehendak dalam berbelanja, anda terpaksa meminjam ataupun berhutang bagi memenuhi keperluan kerana duit gaji sudah habis. Apabila mendapat gaji dan sesudah ditolak simpanan dan perbelanjaan keperluan, sekiranya ada lebih gunakan bagi memenuhi kehendak naluri anda.

Seperti yang kita bincang sebelum ini, setiap kali anda ingin membeli sesuatu, tanyakan kepada diri anda soalan-soalan seperti di bawah:-

-Mampukah saya mendapatkannya ataupun membelinya?
-Adakah saya perlu memilikinya?

3. Hidup Dalam Kesederhanaan

Berbelanja jangan sampai boros, berjimat jangan sampai kedekut. Kaki peminjam pun tidak, kaki belanja pun tidak. Mabuk belanja pun tidak, mabuk berjimat pun tidak. Sentiasa mengutamakan keperluan berbanding kehendak.

4. Belanja mengikut belanjawan

Pastikan anda menambahkan ilmu berkaitan cara-cara hendak membuat belanjawan supaya kesilapan membuat hutang tidak berlaku lagi. Walau sebaik mana belanjawan dirancang, ia tinggal belanjawan sekiranya anda tidak memastikan ia diikuti. Jangan berbelanja melebihi yang ditetapkan kerana apa yang dirancang itu menjadi sia-sia.

5. Beri dahulu, baru terima

Gunakan konsep memberi duit dahulu sebelum menerima barang, bukannya mengambil barang dahulu dan selepas sebulan baru hendak mula membayar sedikit-sedikit (ansuran). Ingat, beri duit sebelum mengambil barang, bukannya memberi kad kredit.

6. Gunakan pinjaman secara bijak

Sebelum membuat pinjaman, fikir dahulu adakah anda mampu membayar balik? Sekiranya tidak mampu, jangan pinjam. Jangan menyalah guna duit pinjaman dan menyebabkan bebanan hutang anda bertambah. Jangan terikut-ikut dengan konsep lagi lama tempoh pembayaran balik, lagi rendahlah ansuran bulanan.

Memang benar sekiranya jumlah ansuran yang dibayar bagi sebuah rumah yang dibeli dengan pembayaran balik selama 20 tahun adalah dua kali ganda harga rumah itu. Tetapi, bagaimana dengan ansuran selama 30 tahun ? Duit siapa yang habis? Anda membeli rumah berharga RM 100,000 tetapi membayarnya dengan RM 300,000. Adakah ia berbaloi?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...