SILA KLIK DISINI

IKLANKU

Followers

Wednesday, February 9, 2011

Susur Guthrie Ke Batu Arang Kena Tol RM1.40


Sah, tol terbaru di Jalan Shah Alam-Batu Arang
MAKLUM balas daripada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kepada usul dibentangkan Gabungan Bertindak Penduduk-Penduduk U10 Shah Alam telah terjawab.
Tol RM1.40 sudah tidak menjadi rahsia lagi. Pihak LLM telah menceritakan apa sebenarnya perjanjian mereka bersama-sama sekutu-sekutu mereka.

Seperti mana kita jangkakan, kos pembinaan jalan raya bagi kemudahan orang awam di Shah Alam perlu dilunaskan oleh penduduk Shah Alam yang menggunakan Jalan Shah Alam-Batu Arang (B49).
Jika diperhatikan sejak tahun 2000 lagi, LLM telah berhasrat untuk mendapat kontrak membangunkan laluan tol di jalan B49 sehingga ke Puncak Alam. Pihak MBSA, JKR Selangor, KPKT dan pentadbiran negeri Selangor sudah pun mengetahui perkara ini dari mula pelan pembangunan dibentangkan.

Oleh kerana tidak ada agensi kerajaan dan pemaju yang ingin rugi mengeluarkan duit poket membiayai infrastruktur jalan raya B49 maka secara halus dirancangkan agar pembeli/penduduk yang akan membayar semua kos-kos infra ini. Sedangkan semua duit cukai (STD) dan cukai jalan telah dilunaskan untuk membiayai pembangunan kemudahan rakyat yang didahulukan di Malaysia.

Sehubungan itu, kami mahu melihat Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Md. Noor bangun dan proaktif mengadakan satu mesyuarat tergempar bersama-sama Ahli Majlis Tertinggi MBSA dan MB Selangor bagi menghapuskan caj tol di Jalan B49, Bandar Raya Shah Alam.

Di masa yang sama, diharapkan pihak Ketua PDRM Shah Alam memberikan bantuan kawalan trafik berterusan sepanjang waktu puncak di persimpangan menghala keluar/masuk ke arah Jalan B49, Sg. Buloh dan persimpangan Bukit Jelutung Utara.

Kapasiti jalan raya di Bandar Raya Shah Alam Utara pada 2011 sudah semakin kritikal.

ADNAN ABDUL KADIR

Pengerusi Gabungan Bertindak Penduduk-Penduduk U10 Shah Alam

sumber : Utusan Online
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm


Ermmm alahai kalau aku nak balik takat Puncak Perdana tu berbalaoi ke ngan tol RM1.40 tuh....kalau time nak cpt leh la kot....tp kalau time biasa2 baik aku ikut laluan biasa je la...rempuh jer la jem sket tuh....kalau org nak pegi sampai Batu Arang, Kuala Selangor atau paling tak pun Puncak Alam mungkin berbaloi gak ler sb leh singkatkan masa perjalanan dari merempuh jalan asal yg mmg selalu jem itu.....
 
Pernah berimaginasi cam nak pasang sayap kat kete...leh terbang je balik umah....takyah tensen2 ngan jalan jem....mana tahu teknologi canggih dimasa depan mengizinkan imaginasi aku jd realiti....tp lps ni kat udara la plak jem nya kot....hahahaha....
 
Tata

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...