SILA KLIK DISINI

IKLANKU

Followers

Thursday, June 16, 2011

Apa Lagi Akan Masuk Lam List Tak HALAL Lepas Neh...Geram Haku...

Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi


KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.
Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

Sumber : Utusan Malaysia

***************************************************************
Apa lagi lps ni...lepas satu satu makanan yg kita telan hari2 dikatakan tak halal....sedangkan benda2 ni dah berzaman kita telan......apa nak jadi dengan anak2 kita yg selalu disogok dengan benda2 tak halal ni....salah siapa...???? Terasa sangat umat Islam diperkotak katikan skg neh....

Apakah tindakan kita...adakah hanya dengan berpeluk tubuh sahaja dan mendengar saja apa lagi lepas ni yg akan dimasukkan dalam senarai tidak halal......berapa banyak lagi benda haram nak terus disumbat dalam mulut kita...dalam mulut anak-anak kita....sampai bila.....????????!!!!

Ada yg kata ambik langkah makan kat rumah aje utk elakkan makanan yg tak tentu halal haram kat luar sana....tp kalau sumber bahan mentah yg kita bwk balik rumah pun tak tentu halal haram nya....apa cite kan...takkan semua org pun nak kena bela ayam sendiri.....bela kambing....bela lembu....tanam sayur keliling rumah....proses buat sos sendiri.....huh.....

Apa tindakan terbaik kita agaknya.......mogok lapar...makan nasi ngan garam jer....erkkkk sumber beras ngan garam tu takkan masuk lam list gak ker agaknya.....???!!! huh...tensi haku tau....


3 comments:

Kak Ram said...

Masalah nya dah berbotol botol makan HP sauce dan Tabasco sauce tu... malas nak fikir nak samak rumah pulak....

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

lor tak haal ke?? bukan ini yg ada kat ayam peri2 punya restauran ke?? adusssssssss

ieena said...

Kak Ram...sian kat org2 cam kita kan...tp sb kita tak tahu tak apa kot...

Baby...yup sos di merata restoran ada....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...