SILA KLIK DISINI

IKLANKU

Followers

Tuesday, August 9, 2011

Alhamdulillah...Ada Juga Perkhabaran BONUS Sebelum Raya

Semua penjawat awam sedang berbahagia dengan pengumuman pemerian bonus sebanyak setengah bulan gaji semalam....

Syukur Alhamdulillah.....walau ada yang kata jumlah itu kecik tapi masih boleh membantu...syukur atas pemberianya...

Semoga semua penjawat awam dapat menggunakan pemberian itu sebaik mungkin...berbelanja secara berhemah...jgn terlalu mengikut hati dan perasaan dalam berbelanja...dan buat peniaga....AWAS jangan ada niat untuk terus menaikkan harga barang....yang kami dapat tu sikit je berbanding dengan keuntungan yang korang dah planning...huhu...mmg dah biasa kedengaran isu peniaga akan giat menaikkan harga barangan tanpa rasa belas kasihan kalau orang kerajaan dapat bonus....kasihan ler kat orang lain yg mungkin turut menerima tempias...

Terima kasih juga pada CUEPACS yang memperjuangkan nasib penjawat awam...seperti aku...

Dan terlebih terima kasih kepada Perdana Menteri atas keputusan itu...harap2 hujung tahun ni dapat lagi...hehehe...leh la tolong bantu perbelanjaan sekolah anak-anak pulak


Pasti harini semua penjawat awam tersenyum lebar...status di FB pun semua berbaur kesukaan mendapat durian runtuh ini...tapi ZAKAT jangan dilupa yer...sesenang mana pun kita mesti ingat pada insan yang tidak berdaya...bantulah mereka semampu kita....bukan dengan niat utk berlagak ya....

Sekian entri kesukaan melampau...hehe

Tata




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...